Highlights

Tips Solekan Smokey Eye Lebih Classy dan Tak Jemu Dipandang – Idea Juru Solek Terkemuka, Deq Sha.

Afiza Kamarulzaman
30/11/2019
15:17 MYT
Sponsor Banner
Tips Solekan Smokey Eye Lebih Classy dan Tak Jemu Dipandang – Idea Juru Solek Terkemuka, Deq Sha.
Suka dengan solekan smokey eye atau solekan mata berkabut? Tetapi sudah bosan dengan aplikasi yang serupa sahaja? Apa kata berikan sedikit kelainan dan nafas yang segar dengan cara gadis ini. Tutorial yang dipandu oleh jurusolek terkenal, Deq Sha ini memberikan sentuhan moden dan classy yang sesuai digayakan ke majlis glamor juga acara malam yang pasti buat kamu diburu setiap mata yang memerhati.
Kredit Foto: FB Deq Sha
Ayuh, ikuti langkah demi langkah idea solekan daripadanya:
Wajah model sebelum disolekkan Kredit Foto: InTrend Malaysia
Kredit Foto: InTrend Malaysia
LANGKAH 1: Selepas sapuan eye base, leretkan pembayang mata krayon rona hitam pada kelopak.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
LANGKAH 2: Ratakan warnanya dengan berus dan layangkan pembayang coklat gelap di atasnya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
LANGKAH 3: Leretkan rona yang sama di bawah garis mata hingga ke hujungnya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
LANGKAH 4: Sepuhkan pembayang rona emas pada tengah kelopak mata.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
LANGKAH 5: Cuitkan rona hijau pekat pada hujung luar kelopak mata. Adun sempurna.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Nah, siap sempurna! Sedia untuk melangkah penuh yakin.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar