Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

TOK TI Umum Kini Hamil 4 Bulan – Akui Agak Penat dan Lebih Beremosi Pada Kehamilan Kali Ini. Doakan...

Afiza Kamarulzaman 01/12/2020 | 08:27 MYT
Alhamdulillah, Aafiyah bakal dapat adik tidak lama lagi. Begitulah seperti yang diumumkan Dato’Sri Siti Nurhaliza dan suami ketika melancarkan kolaborasi produk minuman kecantikannya, Beausiti bersama Wonderlab sebentar tadi. Pengumuman yang dibuat secara virtual itu turut disiarkan secara langsung di Instagram beliau.
Antara intipati pengumuman Tok Ti, “Bukan niat saya untuk berahsia tetapi keadaan tidak mengizinkan pada waktu itu untuk saya berkongsi. Dan, kini saya bersedia untuk memberitahu semua akan berita gembira ini bahawa saya kini hamil empat bulan. Syukur atas doa semua.”

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tok Ti turut berkongsi bahawa pada kehamilan kali ini juga beliau agak penat mungkin disebabkan faktor usia berbanding kehamilan sebelum ini. Beliau juga mengakui lebih beremosi dan lebih sensitif kali ini. “Tengok filem sedih sikit saya dah menangis. Tengok Instagram pun boleh jadi sedih...” Ujarnya ketawa kecil.
Apabila ditanya apakah jantina yang diidamkannya? Kata Tok Ti, “Jujurnya, saya terima apa saja jantina yang dikurniakan. Asalkan bayi yang dilahirkan sihat sempurna. Namun, kalau dapat sepasang alhamdulillah...” Disambut senyuman lebar Dato’Sri Khalid di sisinya ketika pengumuman dibuat.
Tok Ti mengharapkan doa semua agar kandungannya selamat dan dipermudahkan urusan sehingga kelahiran kelak. Insya Allah, kata Tok Ti selepas ini beliau akan kembali ligat dengan aktiviti seni dan perniagaannya setelah diberi kekuatan dan kembali bertenaga. Apa pun tahniah diucapkan kepada Tok Ti dan suami, juga Aafiyah yang akan menjadi kakak nanti.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

#Hamil #Siti Nurhaliza #Beausiti
;