Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
fesyen

Trend Musim Panas/Bunga 2021 Yang Lebih ‘Bold’ dan Bercetakan Berani, Stylish, Selesa dan Praktikal

Afiza Kamarulzaman 05/06/2021 | 15:28 MYT
Meneruskan kejayaan kapsul UNIQLO x Marimekko edisi terhad sebelumnya, UNIQLO sekali lagi bekerjasama dengan Finnish design house Marimekko, yang terkenal dengan cetakan dan warna asalnya sejak 1951, untuk koleksi edisi terhad LifeWear yang baru yang telah dilancarkan pada 21 Mei 2021.
Pilihan cetakan untuk koleksi ini dipilih sebagai mencerminkan keriangan dan optimisme musim panas Nordic. Koleksi ini mempamerkan cetakan menarik daripada beberapa pereka Marimekko paling ikonik untuk menggambarkan gaya semula jadi dan ketenangan sepanjang tahun ini.
Pencipta cetak - Fujiwo Ishimoto, Annika Rimala, Maija Isola dan Maija Louekari - memiliki bahasa dan gaya reka bentuk yang sangat berbeza. Bunga-bunga musim panas, kehangatan dan cahaya ‘nightless nights’ serta aspek indah di kawasan pedalaman Finland semuanya dapat dilihat dalam cetakan musim ini.
Eksklusif, InTrend menemubual UNIQLO Head of Research & Development, Yuki Katsuta untuk mendalami lebih lanjut berkenaan koleksi ini.
Apakah tema koleksi musim ini dan apa mesej yang ingin anda sampaikan kepada pemakai?
Temanya ialah ‘Joyful Summer,’ inspirasi yang diambil dari gaya hidup musim panas dan kehangahatan mentari Finland. Koleksi kami mengenengahkan sesuatu yang terang dan sarat energi. Kami berharap kelantangan cetakan Marimekko pada helaian ini akan memberi semangat kepada setiap yang menggayakannya.
Apakah signifikasi tentang cetakan Fujiwo Ishimoto?
Fujiwo Ishimoto mereka lebih kurang 400 cetakan ketika bekerja sebagai pereka tekstil di Marimekko sejak tahun 1974 hingga 2006. Sebilangan besar ciptaannya diilhamkan oleh sifat indah Scandinavia, dengan sedikit reka bentuk Jepun. Saya gembira kerana kami dapat menggunakan tiga cetakan bunga yang indah kerana ia menghubungkan UNIQLO dan Marimekko dengan begitu baik daripada segi estetika.
Item yang mana boleh anda katakan sebagai paling simbolik untuk koleksi musim ini?
Buat pertama kalinya, kami memperkenalkan stail denim dalam koleksi ini. bersama cetakan Marimekko, item kasual seperti denim diketengahkan dan membantu meneriakkan lagi stail musim panas.
Apa persamaan antara UNIQLO dan Marimekko daripada segi falsafah jenama?
UNIQLO adalah mengenai LifeWear, komitmen kami adalah mencipta pakaian berkualiti tinggi yang selesa dan praktikal, namun dengan sentuhan fesyen, dan direka untuk memperkayakan kehidupan seharian setiap pelanggan. Kami berasakan adanya hubungan serasi dengan misi Marimekko untuk memberi setiap insan kebahagiaan seadanya dan bersama-sama dapat menikmati kegembiraan dalam kehidupan seharian melalui cetakan berani dan warna-warna cerah.
Apakah ciri-ciri yang paling membezakan antara koleksi kolaborasi dan produk anda sendiri?
Selain menyelitkan cetakan dan warna yang ceria dalam LifeWear, cetakan Marimekko mempunyai kisah unik untuk diceritakan berdasarkan inspirasi setiap pereka. Dan setiap corak mempunyai skema warna yang berbeza untuk menghasilkan nada yang sempurna. Ini menambahkan reka bentuk malar segar, tetapi sangat tersendiri untuk rekaan helaian UNIQLO.
Kalau boleh anda kongsi tips untuk pengikut kami yang berhijab dalam menggayakan cetakan dan warna yang 'lantang' seperti ini?
Dalam kerjasama kami dengan Marimekko, kami sentiasa sedar dalam merancang produk yang membolehkan pemakai menggayakan cetakan ‘lantang’ sebagai pakaian seharian. Inilah gabungan fungsi dan fesyen UNIQLO. Bagi pelanggan di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, saya mengesyorkan breathable linen-blend jumpsuits dan seluar pendek. Gaun kamisol denim baru juga praktikal lagi menyegarkan penampilan dengan warna biru dan siluet garis A yang indah. Saya rasa jika anda memasukkan warna yang digunakan untuk cetakan ke dalam hijab dan aksesori, anda akan menyerlahkan lagi penampilan yang padu. Namun, cadangan saya anda perlu bereksplorasi dengan kombinasi dan padanan cetakan yang berbeza!
Kata kunci anda untuk trend musim panas/bunga 2021? Apa yang hangat dan malap?
Dunia telah berubah secara mendadak dan bagi saya kita mula berasakan pentingnya untuk sihat secara fizikal dan mental. Mungkin kalau lalu, kita lebih tertumpu pada kesihatan secara fizikal, bukan? Saya percaya sudah tiba masanya produk UNIQLO menjadi pakaian yang hampir dengan perasaan dan gaya hidup baru hari ini. Contohnya, pakaian yang boleh dipakai tanpa ada batas ketara antara tempat kerja dan rumah. Ya, mesti selesa dipakai, tetapi juga penting untuk kelihatan terbaik, bukan? Pastinya, di UNIQLO kami juga menggabungkan elemen trend seperti siluet besar, reka bentuk dan warna tanpa jantina, tetapi kami membuat pakaian berdasarkan falsafah LifeWear kami. Itulah sebabnya kami sentiasa mendengar suara pelanggan kami, yang menjadi tulang belakang dalam proses penciptaan kami.
Adakah apa-apa perbezaan dalam trend dan kemeriahan industri fesyen ketika situasi pandemik sekarang ini?
Well, saya berasakan deria penilaian kita terhadap 'kualiti' sudah berubah. Misalnya, kualiti tidak terhad kepada ‘kualiti bahan’ tetapi untuk semua perkara yang nyata dan tidak ketara. Seperti kata Socrates, "Not life, but a good life, is to be chiefly valued.” Pendek kata, bukan ‘lebih’, tetapi ‘lebih baik’. Jadi ini bukan mengenai kekayaan material, tetapi tentang menjalani kehidupan yang memuaskan bagi tubuh dan jiwa setiap hari. Itu yang penting. Dalam erti kata lain, ia akan menjadi semakin penting untuk menawarkan produk yang membolehkan pemakainya berasa kaya, seperti koleksi terbaharu UNIQLO x Marimekko ini.
#Spring Summer 2021 #Uniqlo #UNIQLO x Marimekko
;