Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

Ujian Suami Isteri Lebih Hebat Selepas SENANG Bukan Ketika SUSAH. Orang Luar Jangan Hakimi, Jangan Campur!

Afiza Kamarulzaman 25/07/2020 | 15:00 MYT
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Kebanyakan pasangan baru kahwin pasti melalui kesulitan dalam membina mahligai berkeluarga terutamanya yang bersangkutan dengan wang ringgit.
Ditambah pula dengan pasangan muda yang baru bekerja dan pasti pendapatan pun cukup-cukup makan.
Dalam keadaan itu juga, mental orang baru berumah tangga masih ampuh, belum cukup matangnya. Jadi, banyak terjadi emosi terganggu dek permasalan yang timbul antara suami dan isteri.
Namun, kerana cinta masih hangat dan tenaga masih hebat, kebanyakan pasangan baru kahwin berjaya melalui kepayahan itu bersama-sama.
Manisnya dugaan bersama membuah hasil yang ranum. Kejayaan akhirnya dinikmati bersama. Begitulah indahnya alam rumah tangga apabila kita berjaya menempuh onak duri dengan penuh sabar dan saling memahami.
Waktu Susah Berdua, Apabila Dah Senang, Ramai Yang Datang
Selepas mungkin lima, tujuh atau 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, ekonomi kian stabil. Duit bukan lagi masalah utama, namun awas ia bukan destinasi akhir yang memastikan syurga kekal selamanya.
Dalam menjalani kehidupan indah itu, jangan terkejut jika tiba-tiba badai melanda dek orang ke tiga.
Orang ke tiga itu tidak semestinya skadal kepada pasangan. Boleh jadi, ia juga didalangi kaum keluarga sendiri atau rakan di sekeliling kita? Memang begitulah adat dunia.
Apabila susah, tiada seorang pun yang datang menyapa. Namun, tatkala kita sudah mulai senang, ramai yang datang mengaku saudara.
Ada juga mengambil kesempatan atas kelemahan yang mungkin timbul antara suami dan isteri. Jika dilihat isteri sedikit leka, si suami akan digoda. Ada pula yang datang berbisik kepada isteri, memberi ragu terhadap suami walaupun hakikat tiada apa yang berlaku.
Di sinilah, bermulanya bibit-bibit keretakan dalam rumah tangga.
Jangan Terburu, Fikirkan Pengorbanan Lalu, 5 Pesanan Buatmu:
#Suami Isteri #Keluarga #Kasih Sayang
;