gaya hidup
'WhatsApp Group' Keluarga Mentua – Berpadalah... Kita Tetap Orang LUAR Walau Ada DALAM 'Group' Itu.
Teruja, mungkin itu satu perkataan atau perasaan yang tepat menggambarkan betapa anda mahu diraikan dalam keluarga mentua. Terutamanya mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Pastilah keinginan untuk mengenali dan mengeratkan silaturahim sesama ipar duai bagaikan membuak. Baik secara bertentang mata atau ketika berhubung di aplikasi sosial popular, WhatsApp.Mesti teruja nak tahu kakak ipar ini macam mana caranya, abang ipar ini boleh terima jokes atau sekadar menyapa dua tiga patah kata, adik ipar boleh ‘click’ atau tak biras ini jenis yang macam mana dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
Malah jika dilihat trend sekarang, selepas selesai majlis resepsi atau mungkin lebih awal lagi anda akan dialu-alukan dalam WhatsApp group keluarga baru. Mungkin juga ada yang tidak, terpulang kepada keterbukaan keluarga mentua masing-masing.
Jadi apa yang perlu dilakukan kalau hari ini anda diundang masuk dalam group tersebut?
- Pandang Kiri Kanan, Atas Bawah, Depan Belakang
Kredit Foto: Google
Dan memandangkan kita bergelar menantu, tidak kiralah lelaki atau perempuan pasti kebanyakannya selesa untuk memerhati dan membaca rentak yang menjadi bualan dalam group tersebut. Maklumlah, ahli baru kan? Jadi, pilihan paling selamat adalah menjadi silent reader (blue tick) dan respon hanya bila perlu atau ada yang tag nama anda.
- Jangan Lebih Sudu Dari Kuah
Kredit Foto: Google
Potensi atau kecenderungan untuk mereka mungkin bercakap-cakap di belakang kita tetap ada. Sebab apa? Kerana kita ahli baru atau lebih tepat lagi orang luar kerana status menantu itu. Tidak mustahil jika mereka tidak boleh menerima kita seadanya, akan tertubuhlah WhatsApp group tanpa kita. Haa, seram tak? Bukan tidak bersangka baik atau istilah popularnya husnudzon. Tetapi telah sekian banyak pertikaman lidah berlaku akibat isu ini. Sudahnya left group dan sendiri yang tanggung malu.
- 'Play Safe' Memang Selamat
Kredit Foto: Google