Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

Whoah! Obses Filem ‘DILWALE’ Sampai Pereka Fesyen Ini Kembara ke Iceland! — Ini Tips Unik, Rugi Tak Baca

Public Anonymous User 17/08/2018 | 09:39 MYT

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil

KENAPA Iceland? Sebab saya gemar mengembara ke destinasi- destinasi yang mencabar. Ia menjadi destinasi pilihan teratas selepas saya menonton filem Hindustan iaitu Dilwale yang dirakam berdekatan dengan rangka kapal terbang DC US Navy yang terhempas pada 1973.

Maaflah ya, saya peminat tegar filem Hindustan, hahaha... Dan sejak itu saya menyimpan angan untuk berkelana di Iceland, malah mendorong saya menyimpan duit berdikit-dikit kerana kos untuk kembara ke sana agak mahal,” ujar pereka duo Rizman Ruzaini, Wan Ruzaini Jamil kala dihubungi InTrend.

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil (Yeay, dah sampai di DC-4 Plane Wreckage!)

“Saya pergi ditemani isteri dan seorang rakan kepada isteri saya. Dari Malaysia, kami mengambil penerbangan ke Belanda dan seterusnya menuju ke Lapangan Terbang Reykjavik di Iceland. Memandangkan ini kali pertama ke Iceland, kami banyak buat homework selain menempah tiket kapal terbang, penginapan dan kenderaan secara atas talian.

Sementelahan kami jalan sendiri maka jadual perjalanan disediakan awal-awal lagi. Senang jalan sendiri kerana kita bebas berlama-lama di sesuatu tempat yang kita suka. Kalau ikut agensi pelancongan agak terhad, kan?”

Kredit foto: Shutterstock

“Kami juga bawa bekalan makanan kerana bimbang sukar mendapatkan makanan halal sepanjang 10 hari kembara di Iceland. Nasib baiklah kami bawa bekalan yang mencukupi sebab harga makanan di sana sangat mahal.

Misalnya pada hari pertama kami tiba di ibu negara Iceland iaitu Reykjavik, saya memesan semangkuk kecil sup cendawan bersama roti dan secangkir coklat panas, dan dikenakan bayaran RM80. Terkejut saya, itu belum lagi makan spaghetti!”

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil Indahnya bumi Iceland pabila dilitupi glasier.

“Ketika kami berada di Iceland pada November lalu, musim sejuk bakal menjelma membuatkan suhu di bandar Reykjavik yang terletak di sebalah barat negara itu sekitar 5 darjah Selsius, terasa mencengkam hingga ke tulang hitam. Apa pun Iceland adalah negara yang mempunyai kecantikan alam semula jadinya yang tersendiri.”

“The Golden Circle mempamerkan ajnas keajaiban semula jadi yang paling indah di Iceland. Sepanjang jalan anda dapat melihat glasier dan gunung berapi. Perhentian kegemaran adalah daerah Geysir Hot Spring (lubang lumpur mendidih yang aktif dan geysir akan memancutkan air lebih 30 meter ke udara setiap beberapa minit), Gullfoss atau Golden Waterfalls (air terjun bertingkat yang mana airnya kelihatan hijau kebiruan apabila terkena cahaya matahari, malah pelangi kerap muncul berpunca daripada biasan ini) dan Thingvellir iaitu Taman Negara di Iceland sejak 1928 dan dinamakan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2004. Memang berbaloi jika kembara ke sini.”

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil

“Tidak lengkap perjalanan kami di Iceland jika tidak berkunjung ke Reynisfjara Black Sands Beach. Di sini, kalian dapat lihat keunikan ‘formation rock’ di tepian pantai. Pun begitu, kalian perlu berhati-hati kerana ombak laut sangat tinggi dan anginnya sangat kuat. Jadi berhati-hati ketika menyusuri pantai ini, takut-takut hilang dilambung ombak.”

“Alhamdulillah sudah tercapai anganan saya untuk berada di Iceland. Dapat melihat rangka kapal terbang DC US Navy yang terhempas selain berpeluang melihat cahaya Aurora Borealis yang sangat cantik dan mengagumkan. Terima kasih Allah kerana menunaikan hajat saya ke sini,” ujarnya sambil mengakhiri perbualan.

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil (Melihat kapal di Akranes.)

Menarik: Iceland menjadi kegilaan dalam kalang peminat fotografi kerana menjanjikan panorama mengagumkan.

3 TIPS RUZAINI KONGSI JIKA INTRENDERS KEMBARA KE ICELAND:

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil

Kredit foto: Wan Ruzaini Jamil (Bersama isteri di Reykjavik.)

;