Hiburan
Wow, Hijab Baru Elfira Loy dengan jenama Indonesia! – Manisnya, Bolehlah Digayakan Untuk OOTD di Rumah Nanti.
Si cantik manis ini pernah dikenali di Indonesia satu ketika dulu kerana beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana. Dan baru-baru ini, Elfira Loy mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di negara jiran itu.
Elfira Loy yang sangat dikenal sebagai antara selebriti berpengaruh besar di media sosial dengan memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram ini, menjadi artis Malaysia pertama yang menjalinkan kolaborasi dengan jenama hijab dari seberang ini. Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan koleksi istimewa yang diberi nama The Maharani Series. Ia sesuai digayakan pada bulan Ramadan dan Syawal ini.
Kredit Foto: Buttonscarves
Kenapa Elfira Bersetuju dengan Kerjasama Ini?
Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus secara sekelip mata dan tanpa diduga. Walau bagaimanapun, semua urusan nampaknya berjalan lancar dan dipermudahkan. Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu. Kalau terbang ke Jakarta, Elfira mengakui akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas
Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada 24 April yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan bulan penuh mulia.
“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim Raya nanti. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu. Namun, ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu agak tergesa-gesa dan akan menyulitkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka juga terkejut. Akhirnya terjainlah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.” ujar Elfira.
Kredit Foto: Buttonscarves
Berapa Lama Jalinan Kerjasama Ini?
“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” tambah Elfira lagi
Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram. Elira turut menganggap ia sebagai rezeki anak sulung.
“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini..
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani,” katanya.
Kredit Foto: Buttonscarves
Sambutan Ramadan Elfira Ketika PKP
Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai. Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan tahun ini. Tapi tiada siapa mampu menduga, kita didatangi ujian itu saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bulan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih. Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.
Kredit Foto: Buttonscarves
Elfira Pilihan Tepat!
Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.
“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.
“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami. Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama khusus di bulan Ramadan ini. Kami dalam perancangan untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat membeli-belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.
“Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan.
“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.
Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.
The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantaran percuma kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas.
Hasil penjualan siri tudung the Maharani series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa covid 19 di Indonesia dan Malaysia.