kaharKaplaHighCouncil
“Betul Sumpah, Basah Habis” - Pengarah Dedah Amir Ahnaf Menangis Lepas Baca Skrip Filem Kahar: Kapla High Council
Pengarah, Razaisyam Rashid mendedahkan pelakon utama, Amir Ahnaf mengalirkan air mata selepas membaca skrip filem Kahar: Kapla High Council.
Amir menangis baca skrip Kahar
Menurut Razaisyam, penjiwaan dan dedikasi Amir terhadap watak Kahar benar-benar membuatkan pelakon berbakat itu beremosi.“Saya jumpa Amir, tengok skrip basah, betul sumpah tak tipu, basah habis skrip sebab dia menangis,” dedahnya.
Razaisyam berkongsi mengenai perkara itu di sidang media malam gala tayangan filem Kahar: Kapla High Council yang berlangsung di GSC Midvalley, pada Isnin.
Amir ucap terima kasih
Dalam pada itu, Amir selaku tunjang utama dalam filem tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam naskhah hebat ini.“Sebelum ini dalam projek siri, kita hanya dapat tahu watak Kahar setakat itu sahaja tanpa sebarang latar belakang, berbeza dengan filem.
“Sebenarnya bukan berterima kasih dekat saya tapi kepada pengarah, abang Razaisyam, guru lakonan kami iaitu abang Wan.
“Terima kasih juga dekat abang saya, Beja, Sky Iskandar, Fazziq, Khenobu dan semua pelakon yang terlibat, tanpa mereka, tiada Kahar: Kapla High Council,” ujarnya.
Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Kahar: Kapla High Council akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, bermula 28 November dan Singapura pada 5 Disember.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Dapatkan sim pek Tune Talk edisi Kahar: Kapla High Council berharga RM35, dan lebih menarik memberi peluang kepada peminat untuk memenangi Lesen High Council.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Buat peminat, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Koleksi hoodie rasmi Kahar : Kapla High Council edisi terhad menawarkan dua warna iaitu hitam dan kelabu. Selain itu barangan lain yang boleh dijadikan koleksi adalah tote bag, baju-t, enamel pins dan banyak lagi akan dikeluarkan di masa akan datang.
Semua cenderahati eksklusif ini boleh didapati menerusi Gempak Official Store di platform Shopee.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.