kaharKaplaHighCouncil
Raih RM4.2 Juta Untuk 4 Hari Tayangan Rasmi, Penonton Siap Rate 1000/10! - “Pelakon Filem Kahar Semua Power!”
Filem Kahar: Kapla High Council meraih kutipan sebanyak RM4.2 juta dalam tempoh empat hari tayangan rasmi.
RM4.2 juta dalam masa empat hari tayangan
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Isnin.“Kutipan RM4.2 juta dalam 4 hari! Syukur dan terima kasih atas sokongan padu anda semua!” maklumnya.
Sejak memulakan tayangan, filem ini ternyata mendapat respon positif penonton.
Penonton rate 1000/10
Menerusi pemerhatian di laman sosial, penonton yang selesai menonton filem ini memberikan maklum balas baik selain memuji mutu lakonan para pelakon Kahar: Kapla High Council dan jalan cerita yang disampaikan.
Malah ada juga yang menyatakan hasrat ingin menonton filem itu berulang kali.
Untuk info, filem ini bukan sekadar memaparkan babak aksi yang mendebarkan, malah mesej yang diselitkan seperti pentingnya institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang turut meninggalkan kesan kepada penonton.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah
Kahar : Kapla High Council pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka, 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Saksikan Kahar: Kapla High Council yang kini di tayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, manakala Singapura pada 5 Disember.
Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Keganasan bukan penyelesaian
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Sinopsis:
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).
Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.
Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.