Kaw

11 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Dzawin (MLM)

Azwa Rahman
17/04/2017
03:57 MYT
Sponsor Banner
11 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Dzawin (MLM)
Satu-satunya peserta solo yang masih kekal di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Dzawin nampaknya semakin mendapat tempat di hati peminat Malaysia. Menjadi tujuh peserta terbaik yang masih bertanding di dalam MLM edisi 2017 ini, peserta solo dari Indonesia yang berumur 26 tahun ini akan cuba sehabis baik untuk mara ke final. Berkesempatan bertemu dengan jejaka peramah ini, kami sempat bertanyakan siapakah Dzawin ini sebenarnya.

11 perkara tentang Dzawin:

  1. Saya merupakan seorang stand-up comedian di Indonesia. Saya telah terpilih oleh Astro untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2017 dan merasakan ia satu peluang terbaik di Malaysia.
  2. Hobi saya panjat gunung. Dalam setahun, 3 kali saya akan pergi mendaki gunung. Gunung terakhir saya panjat adalah Gunung Mahameru. Rancangan saya selepas ini, saya nak tawan Gunung Kinabalu.
  3. Saya suka anime One Piece.
  4. Filem kegemaran saya adalah filem Thailand, antaranya Saranae Siblor. Selain itu, saya suka filem Bollywood khususnya lakonan Amir Khan.
  5. Saya jenis yang tak memilih makanan. Semua saya makan.
  6. Saya juga jenis tak memilih pakaian. Stail saya, I don’t care.
  7. Saya sukakan warna biru. Biru itu lambang kebebasan.
  8. Ini kali pertama saya berada di pentas besar beserta crowd yang ramai di Malaysia. Jadi jika jelas terpancar kegelisahan dan malu-malu pada minggu pertama dan kedua, itulah yang sebenarnya dirasakan.
  9. Saya tiada artis dan lagu kegemaran. Saya dengar semua jenis lagu dan jika ada yang saya suka, saya layan. Tapi kalau ditanya genre pilihan, saya suka country dan balada.
  10. Perkara yang paling saya tidak suka adalah ketidakbebasan, batasan dan buli.
  11. Untuk Maharajalawak Mega 2017 ini, saya akan berada di Kuala lumpur pada hari Rabu, Khamis Jumaat. Biasanya Sabtu saya akan pulang ke Indonesia. Begitulah rutinnya setiap minggu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024