Siapa sangka rupanya hero dan heroin Hindustan kegemaran ramai, Shah Rukh Khan dan Kajol meraikan 25 tahun penglibatan mereka dalam industri perfileman Bollywood. Bagi mengimbau kembali kenangan indah dua figura ini, saluran Tara HB (108) membawakan filem-filem popular dua bintang ini pada setiap Sabtu, sepanjang November ini bermula 10 malam.
1. Baazigar - 11 November 2017
Baazigar memperoleh kejayaan komersil ketika ia ditayangkan di pawagam dan merupakan antara empat filem Hindi yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1993. Menerusi filem ini, Shahrukh Khan telah berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki Terbaik di 39th Film Fare Awards. Filem ini mengisahkan Ajay Sharma yang ingin membalas dendam terhadap pengkhianat perniagaan ayahnya sehingga mereka sekeluarga terpaksa hidup dalam kemiskinan. Shah Rukh Khan dan Kajol memegang watak utama dalam filem ini
2. Ishq - 18 November 2017
Advertisement
Ishq merupakan satu-satunya filem yang berjaya menggandingkan Juhi Chawla dan Kajol dalam satu layar yang sama. Filem ini mengisahkan tentang empat orang remaja daripada kelas sosial berlainan bertemu dengan kekasih hati yang tidak direstui oleh ibu bapa masing-masing. Filem ini dibintangi oleh Aamir Khan, Kajol, Ajay Devgan dan Juhi Chawla.
3. Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain - 25 November 2017
Filem ini merupakan antara lima filem dari India yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1999, lantas diiktiraf sebagai “Super Hit” oleh Box Office India. Menerusi filem ini, Kajol berjaya merangkul satu pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Filmfare Awards. Kisah yang dipaparkan dalam filem ini sebenarnya berasaskan daripada sebuah filem Telugu yang berjudul Pavithra Bandham. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki (Anil Kapoor) yang berusaha untuk memenangi semula hati isterinya (Kajol) setelah bercerai selepas setahun berkahwin secara paksa.