KAW
4 Babak Lakonan Pak Jabit Yang Paling Mencuit Hati
Industri seni kehilangan seorang bintang komedi veteran yang lebih mesra dipanggil Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir. Pak Jabit meninggal dunia di Lanchang, Pahang kira-kira pukul 7.10 pagi, Khamis.
Pemergian arwah telah dikongsikan di laman Facebook beliau oleh anaknya. Allahyarham dipercayai mengidap penyakit jantung ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit dada awal pagi tadi.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan selepas solat Zohor.
Nama Pak Jabit cukup terkenal dalam filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan 16 Puasa. Lawak bersahaja allahyarham cukup mencuit hati kita dan akan diingati sampai bila-bila. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
1. Man Laksa
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah
3. Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komenwel
4. 16 Puasa