Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, Astro dengan berbesar hati telah melancarkan sebuah dokumentari khas bertajuk, ‘Harimau Malaya 1980’ bagi meraikan detik-detik bersejarah pasukan bola sepak Malaysia dan juga wira-wira dalam pasukan Harimau Malaya 1980.


Dilancarkan oleh Datuk Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, majlis ini turut dihadiri oleh barisan ikon sukan bola sepak tanahair seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh, jurulatih, Karl-Heinz Weigang dan ramai lagi. Jadi, mengapa anda harus menonton Harimau Malaya 1980?





1) The Dream Team


Bila kali terakhir anda melihat wira-wira bola sepak ini beraksi? Menerusi dokumentari ‘Harimau Malaya 1980’ ini, ia adalah ibarat menghimpunkan kembali kepingan jigsaw puzzle yang telah tersimpan selama 36 tahun lamanya. Saat apabila perjumpaan semula para pemain dan kemudiannya menyarungkan kembali jersi masing-masing dan berjalan beriringan untuk masuk ke dalam Stadium Merdeka amat menyentuh hati.


2) Semangat perpaduan yang tinggi


Dalam memupuk semangat perpaduan negara, dokumentari seperti ‘Harimau Malaya 1980’ ini meraikan kepelbagaian etnik dan diversiti yang mana secara tidak langsung turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan budaya kerja berpasukan dan bersatu padu di antara satu sama lain.


3) Kisah silam penuh cabaran


Jika kita lihat nama-nama lagenda bola sepak ini, mungkin kita mengenali mereka tetapi tidak tahu apa yang mereka telah lalui dalam mengharumkan nama Malaysia. Jadi menerusi dokumentari ini, generasi muda khususnya perlu melihat sendiri detik-detik bersejarah pasukan bola sepak Malaysia dalam meletakkan harapan negara di Sukan Olimpik Moscow 1980.


4) Lambang kebanggaan negara


Harimau Malaya merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia dan kisah perjuangan mereka ini mengingatkan akan kepentingan semangat berpasukan, sentiasa bersatu padu dalam mengamalkan kepelbagaian bangsa dan memiliki kekuatan untuk menerima perbezaan di antara satu sama lain.


5) Disebalik tabir penuh emosi


Pengalaman yang paling bermakna adalah ketika mereka berkumpul semula untuk sesi penggambaran. Mengimbau kembali kenangan ketika menjalani penggambaran dokumentari ini boleh dikatakan ia merupakan sebuah perjalanan yang cukup sentimental buat para lagenda ini.


Jangan ketinggalan menyaksikan dokumentari khas ini akan disiarkan pada 16 September 2016, jam 9.00 malam menerusi dua saluran serentak, Astro Arena (Saluran 801 / Saluran HD 802), Astro Supersport HD (Saluran 831) dan juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go.