KAW
5 Selebriti Jelita Ini Buktikan Kalau Cantik Itu Tak Semestinya Perlu Putih
Kini dimana-mana sahaja terpampang iklan nak wajah seputih salju. Obses terhadap kulit putih ini kadang-kadang membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri. Putih bukanlah lambang kecantikan sejagat kerana berkulit hitam manis itu sangat eksotik dan ada sisi cantiknya. Bagi wanita asia yang berkulit sawo matang dan hitam manis, warna kulit anda menjadi idaman sebahagian wanita di dunia ini. Jadi mengapa mahu berselindung disebalik bedak asas putih lima inci ataupun minuman pemutih kulit? Serlahkan kecantikan kulit hitam manis anda.
Selebriti wanita Malaysia ini bangga dengan kulit sawo matang dan hitam manis yang jelas menyerlahkan kecantikan mereka. Siapakah lima mereka yang jelita tanpa kulit yang putih ini?