2 jam konsert berlangsung, terasa sungguh sekejap. Bintang kacak dari Indonesia ini berjaya memukau hampir 3,000 penonton yang hadir ke Dewan Medeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Sabtu. Tak sampai setengah jam dewan dipenuhi peminat Afgan, konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Fareez, Juara Mentor Millinea di bawah mentor Hazama. Membawakan single pertamanya, Lagu Radio dan lagu mentornya sendiri, Di Amaran Mama, Fareez ternyata menghangatkan malam itu sebelum semua menantikan kemunculan Afgan.
Dianjurkan oleh Dazzling Lifestyle dan dipersembahkan oleh Obermain, Afgan memulakan panggung suaranya dengan Bukan Cinta Biasa versi accapella. Mendapat tepukan gemuruh dan jeritan kuat, Afgan meneruskan persembahan dengan lagu Pesan Cinta dan Roller-coaster. Cukup bertenaga persembahan yang diberikan diiringi barisan pemuzik dan penyanyi iringan, Afgan meneruskan persembahan dengan lagu Katakan Tidak, Betapa Aku Cinta Padamu dan Tak Peduli.
Hilang sebentar dari pentas, penonton dihiburkan dengan klip 'sisi' lain Afgan di skrin gergasi sementara Afgan menukar persalinannya. Afgan sempat berkomunikasi dengan penonton pada malam itu dan menyatakan keterujannya dan diteruskan dengan persembahan medley 3 lagu berbahasa Inggeris di dalam album Sides iaitu Count on Me, Thingking About You dan Brand New Day.
Hanya minum beberapa teguk air, Afgan langsung meneruskan konsertnya dengan persembahan lagu Dia Dia Dia, Bawalah Cintaku, Kunci Hati, Aku Dengannya Kau dan Dia serta Knock Me Out. Persembahan Knock Me Out memberikan penonton sama-sama menyanyikan lagu itu dan dia dilihat begitu terharu dengan sambutan penonton.
Dengan adanya penonton dari Sabah, Sarawak, Indonesia, Brunei dan Singapura, Afgan meneruskan malam itu dengan bercerita lebih lanjut tentang album Sides berserta inspirasi dan idolanya. Berterima kasih pada Datuk Shiela Majid yang turut hadir pada malam itu, Afgan menyanyikan lagu Datuk Shiela, Selamanya dan Crush gandingan Yuna dan User secara medley. Kemudian diteruskan dengan lagu-lagu hit yang meletakkan namanya di puncak, medley lagu Setia Menunggu, Terima Kasih Cinta dan Entah.
Afgan seterusnya mempersembahkan salah satu lagu di dalam album terbaharunya, Jalan Terus. Dengan 100% penghayatan, lagu yang pertama kali didendangkan ini begitu enak didengar. Selesai lagu, tiba giliran penyanyi jemputan mengambil tempat. Dewan Merdeka gegak gempita apabila SonaOne muncul di tengah pentas sambil membawakan lagu Hekeleh. Kemudia Afgan dan SonaOne berkolaborasi menerusi lagi X yang turut dimuatkan di dalam Sides.
Malam dihangatkan lagi dengan medley rancak dari Afgan menerusi lagu This is Where you Came From dan Can't Stop the Feeling. Hampir keseluruhan dewan berdiri dan menari bersama Afgan. Susunan muzik dan lagak tari team Afgan cukup luar biasa. Tamat lagu rancak, Afgan kembali membuai emosi penonton dengan lagu Percayalah hasil kolaborasinya dengan empat penyanyi latar. Malam indah ini diakhiri dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu, Panas Asmara dan juga Bukan Cinta Biasa. Apa yang kami jangka malam itu, pasti semua penonton membawa Afgan sehingga ke dalam mimpi. Ini boleh dikatakan konsert terbaik Afgan di Malaysia dan jelas terpancar sisi matang Afgan menerusi album terbaharunya, Sides.

8 perkara anda perlu tahu tentang konsert Afgan ‘SIDES’ Live In Malaysia 2016
2. Ketika Afgan bertanya, siapa yang single disini? Hampir separuh daripada Dewan Merdeka mengangkat tangan.
3. Datuk Shahrizat Abdul Jalil juga diserbu ketika usai konsert.
4. Barisan penyanyi iringan Afgan juga sangat aktif
5. Selesai SonaOne membuat persembahan lagu Hekeleh, Afgan bertanya pada semua, apa itu maksud Hekeleh?
6. Afgan membawakan lagu Crush hasil duet Yuna dan Usher secara solo dengan cemerlang sekali.
7. Lagu ‘This is What You Came for’ dan ‘Can’t Stop the Feeling’ berjaya menggamatkan seluruh Dewan Merdeka.
8. Ibu, bapa dan kakak Afgan turut hadir ke konsert ini untuk memberikan sokongan kepadanya.