KAW
8 Situasi Hanya Gadis Berhijab Akan Lalui
Pernah tak korang terbangun lewat, dan terpaksa bersiap dalam keadaan kelam kabut ke pejabat atau kelas? Masa itu jugaklah nak cari tudung, nak cari baju matching lagi, dan secara magisnya semua pin dan jarum peniti akan hilang. Stress kan? Itu belum lagi masuk bab bad hijab day. Mood korang mesti spoil, kan? Haa kalau nak tahu, inilah antara ‘cabaran-cabaran’ yang terpaksa kami lalui setiap hari. Buat para gadis yang berhijab di luar sana, pasti anda pernah berhadapan dengan tujuh situasi ini.
#1 Tudung tak sempat iron
Gif: Giphy
Ini adalah perkara lazim yang pasti berlaku dalam kehidupan seorang gadis hijabi. Kalau bukan sebab terbangun lambat, mesti sebabnya adalah penyakit ‘M’. Penyakit apa? Penyakit malas. Disebabkan itu, ramai yang telah berubah hati dan mencari alternatif lain seperti tudung yang tidak perlu iron atau yang mudah dibentuk.
#2 Tudung terbakar
Gif: Giphy
Kalau tadi malas nak iron tudung, sekarang ni bila datang mood rajin, tiba-tiba tudung terbakar. Bila iron tu melekat semacam kat tudung tu mesti dah rasa lain macam kan? Tengok-tengok, semuanya dah terlambat. Lubang sebesar tapak tangan. Yang hanya mampu korang buat waktu tu adalah pasrah dan redha walaupun hati dah berkecai.
#3 Tudung tercarik
Gif: Giphy
Tipulah kalau tudung korang tak pernah tercarik sebab terkena pin atau benda tajam. Selain tercarik, kesan pin berlubang pun makin lama makin banyak. Lebih menyakitkan hati apabila tudung yang dibeli tu agak mahal, rasa macam nak menangis sampai hilang kesan tercarik tu.
#4 Anak rambut asyik terkeluar
Gif: Giphy
Why, oh why?! Perasaan rimas dan geram membuak-buak apabila korang terpaksa membetulkan rambut setiap lima minit.
#5 Pin/jarum peniti hilang

Image: ABC Sewing Machine
Misteri kehilangan jarum atau pin peniti. Beli lah 100 ke 1,000, semua mesti lesap entah kemana. Pernah tak sampai ke satu tahap, korang pergi ke kedai dan beli sekotak jarum peniti dan dengan bangganya berfikir “Lepas ni, mesti jarum peniti aku takkan hilang lagi.” Well girl, you’ve never been so wrong in your life.
#6 Bad tudung day

Gif: Disney/Pixar
Macam mana nak tahu anda sedang melalui bad tudung day? Bila nak bentukkan tudung tapi asyik tak jadi, rasa nak beli sembur je kanji kat awning tudung tu. Atau yang lebih menjengkelkan, bila nak menggayakan tudung tu, lilitlah sejuta kali pun mesti rasa macam ada je yang tak kena. Akhirnya nampak macam pakai sarang tebuan.
#7 Tudung tak matching dengan baju
Gif: Giphy
Perasaan menggelabah nak cari tudung matching ni akan tiba lagi-lagi sewaktu menjelangnya Aidilfitri. Waktu itulah tak jumpa tudung kat dalam almari, walhal kita tahu tudung yang kita nak pakai tu ada. Lepas tu mula lah tak senang duduk, terus pergi beli tudung baru. Masuk 20 kedai, semuanya tak menjual apa yang dicari. Maka di pagi raya, kelihatanlah seorang gadis bermuka masam menggayakan tudung bercorak leopard dipadankan dengan baju berbunga. Sabar je lah.
#8 Perasaan lega dapat buka tudung selepas seharian bekerja

Gif: Cartoon Network
Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan itu, kelegaan yang tak terkata. Rambut pun nak kena bernafas macam manusia, kan?
Walauapa pun situasi yang korang terpaksa hadapi setiap hari, memakai hijab ni adalah suatu pengalaman yang indah, bukan? Tak kisah lah pakai tudung bawal ke, tudung instant ke, shawl ke, janji korang selesa dan yakin dengan diri sendiri.