Sensasi dari negara Jepun, Hatsune Miku akan datang ke Malaysia buat pertama kalinya pada 16 Disember ini. Peminat kini berpeluang menyaksikan Hatsune Miku yang selama ini wujud di dalam skrin, muncul di depan mata. Jangan salah faham, Hatsune bukanlah seorang manusia tetapi dia merupakan persona maya yang menggunakan suara dan dihasilkan oleh komputer serta grafik 3D untuk dipersembahkan di atas pentas.

Jualan tiket akan dibuka pada 8 Oktober bermula 10 pagi.

Mencipta sejarah sebagai konsert maya secara langsung yang pertama kali diadakan di Malaysia, ini fakta yang perlu anda tahu tentang Hatsune Miku.

1) Dia 'dilahirkan' pada 31 Ogos 2007 di Jepun.

Tahun ini merupakan ulangtahunnya yang ke-10!

2) Suaranya merupakan suara dari pelakon Jepun, Saki Fujita.

Dia pada awalnya dikenali sebagai Vocaliod, seperti Android tetap mempunyai suara.

3) Namanya merupakan kombinasi perkataan Jepun iaitu Hatsu, Ne dan Miku

Jika anda sambungkan perkataan ini, ia bermaksud "everybody's waifu"

4) Dia boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa dan sehingga kini, dia mempunyai ribuan lagu.

Dia adalah bakat maya pertama yang mendapat sambutan ramai kerana keseluruhan senarai lagunya dicipta oleh peminat dari seluruh dunia dengan menggunakan program untuk menulis dan menyusun lagu untuknya.

5) Reka bentuk pakaiannya diinpirasikan daripada keyboard sintetik popular.

Warna dan motif pakaiannya diilhamkan menerusi beberapa alat muzik istimewa.

6) Pereka fesyen terkenal, Marc Jaccobs telah mereka sehelai gaun istimewa untuknya.

Gaun tersebut telah digunakan semasa persembahan opera vocaloidnya, "The End".

7) Hatsune Miku telah berkolaborasi dengan beberapa artis popular dunia.

Dia telah membuat persembahan pembukaan untuk Lady Gaga, muncul dalam muzik video Pharell serta membuat persembahan di samping artis Jepun, Bump of Chicken dan Namie Amuro.

8) Sejarah televisyen telah tercipta untuknya pada tahun 2014.

Dia menjadi artis maya pertama yang menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara terkenal, The Late Show with David Letterman.

9) Dia telah mengembara mengelilingi dunia dari Indonesia ke Los Angeles, New York dan ke Shanghai.

Dia juga telah membuat 48 persembahan di tujuh negara merentasi sempadan, budaya dan bahasa dalam tahun 2017 ini sahaja.


Selain dapat menonton persembahan Hatsune, Zizan Razak serta Chaleeda Gilbert akan menjayakan persembahan pembukaan bagi konsert Hatsune Miku. Anda juga boleh mendapatkan cenderamata dan pelbagai akvititi akan diadakan sebelum Hatsune memulakan konsert.

Ekspo Hatsune Miku 2017 akan berlangsung pada 16 Disember, 8 malam bertempat di Arena Axiata, Bukit Jalil. Tiket dijual berharga RM169, RM269, RM339 and RM439. Dapatkan tiket anda di sini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Ekspo Hatsune Miku 2017.