Buka Instagram pagi ini, kami perasan banyak gambar comel pipi merah, Siti Aafiyah Khalid, permata hati Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid dikongsi. Menariknya, gambar tersebut dikongsi menerusi akaun instagramnya dengan namanya sendiri, @aafiyahkhalid.

❤️❤️❤️ #Repost @ctdk with @get_repost ・・・ Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid) on

Akaun Instagram yang kini sudah mempunyai 164,000 pengikut dalam masa dua hari itu rupanya dibuka oleh abang Aafiyah, Asyraf Khalid.

Ibu dan Ayah ❤️

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid) on

"Akaun Instagram Aafiyah Khalid yang rasmi daripada Siti belum ada lagi. Namun akaun yang sedia ada itu adalah inisiatif Asyraf yang buatkan," kata pengurus kepada Siti Nurhaliza, Rozi kepada mStar Online.

Sehingga kini, terdapat beberapa akaun palsu Siti Aafiyah Khalid yang dicipta untuk berkongsi gambar si comel itu sejak kelahirannya pada 19 Mac lalu.

Menurut laporan mStar lagi , Siti tidak mahu anak sulungnya yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti. Segala perkembangan anaknya itu akan dikongsi dalam akaun Instagram milik Siti Nurhaliza sendiri.

Beliau berharap dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

Sumber: Mstar Online