Kaw

Achey Dedikasi Single Sulung Buat Isteri, Himpun Susah Senang Hidup Bersama Selepas Enam Tahun

Mohamad Bakar
11/10/2017
09:10 MYT
Sinonim dengan watak komedi, Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013, Achey menyerlahkan sisi seriusnya sebagai penyanyi pula.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah sebelum ini cukup terkenal sebagai pelawak, pengacara dan pelakon. Malah dia juga mencipta kejutan tersendiri selepas berlakon filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2.Tiada niat bersaing.
Namun kata Achey, niatnya menceburi dunia nyanyian bukan untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada. Namun sekadar membuktikan dirinya boleh menjadi serba boleh dan tidak statik dengan satu bidang semata-mata.
Bahkan lagu berjudul Yang Terindah itu turut menjadi dedikasi khas dan istimewa Achey buat Nor Hasanah Yahaya. Menurut Achey, single pertama nyanyiannya itu ialah hadiah bersempena ulang tahun kelahiran ke-27 isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pada April tahun lalu.Kisah hidup sendiri, kisah pengorbanan suami isteri.
“Lagu ini saya rakam November tahun lalu. Ia memang dituju buat isteri saya. Ia dicipta berdasarkan kisah saya dan orang rumah serta pengorbanannya. Ia mengisahkan perjalanan enam tahun kehidupan berumahtangga bersama-sama isteri. Termasuk kesusahan yang kami lalu. Segala pahit getir itu menjadi pengalaman yang mematangkan diri. Ia diatasi dengan doa dan segala ujian itu kami terima dengan lapang dada.Tulis lirik dan melodi sendiri.
“Lagu dan lirik saya sendiri yang hasilkan. Ia disusun jadi lebih indah oleh komposer Zimy yang juga anggota kumpulan The Majistret. Terima kasih Zimy juga yang memberi kepercayaan untuk saya merealisasikan semua ini.
“Saya tak berniat nak berlawan dengan penyanyi lain. Tapi kalau dengar lagu ini, itulah cara saya menyanyi. Layak atau tidak, itulah cara saya. Ia juga menjadi lagu koleksi saya buat orang rumah,” katanya.Modal buat persembahan.
Menurut Achey lagi, lagu yang dibikin itu juga dapat dijadikan modal ketika diundang membuat persembahan.
“Saya cuba mempelbagaikan bakat yang ada. Tak salah pun sebenarnya. Saya hanya mahu memeriahkan industri hiburan.Kira bonus jika radio putarkan lagu.
“Kalau lagu ini dimainkan di radio pun kira bonus. Setakat ini ada beberapa pihak radio berminat memutarkan lagu saya,” katanya.
Achey kini sedang melunaskan penggambaran drama Tuyul Ke London bergandingan dengan Datuk Aliff Syukri dan Atu Zero.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

gempak
25/07/2024
04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jazemine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.