KAW

Achey Vokalis Baru Kristal?

Fiza Kamarudin 09/07/2018 | 05:31 MYT
Dua hari lalu kumpulan rock Kristal memuat naik video pelawak Achey (Bocey) menyanyikan lagu Suatu Kenangan di laman YouTube, bersama mereka.

Video tersebut telah menyebabkan peminat Kristal tertanya-tanya samada Achey merupakan pengganti kepada vokalis terdahulu, Lan Solo.

Kristal bersama Achey

Menerusi video dimuat naik, Achey memberitahu dia menerima undangan Rody menerusi aplikasi Whatsapp untuk menyanyi bersama Kristal dalam sebuah sesi jamming.

“Ini adalah satu peluang yang sangat besar dapat jamming bersama Kristal dan saya rasa saya perlu viralkan diri bersama Kristal kerana minat mereka sejak kecil.

“Jadi, bila diberi peluang begini saya sangat-sangat nak joint!”, katanya.

Selain YouTube, ahli kumpulan Kristal dan Achey turut berkongsi video tersebut di akaun Instagram (IG) masing-masing.

Achey kini vokalis Kristal?

Sementara itu di ruangan komen YouTube, IG Achey dan pemain gitar utama Kristal, Rody, rata-rata pengikut memuji vokal Achey yang padu dan menyatakan rasa rindu mereka terhadap kumpulan rock tersebut.

Ada juga peminat yang mahu Kristal memanggil Aweera, Fiq Mentor dan bekas vokalis Hyper Act, Kecik, untuk jamming bersama.

Bagaimanapun, Rody atau mana-mana ahli Kristal masih belum memberi kenyataan tentang siapa vokalis terbaru mereka.

#Selebriti #Selebriti