KAW

Ada Apa Dengan As’ad Motawh Dan Pelakon Baru Schaelinnea? 'Kantoi Dating’ di KLFW?

Fiza Kamarudin 09/08/2018 | 04:12 MYT
Di sebalik kemeriahan hari pertama Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW 2018) yang berlangsung semalam, penyanyi yang sedang meningkat naik, As’ad Motawh ‘ditangkap’ bersama pelakon baru Schaellinea!

Menerusi muat naik di akaun Instagram instafamous dikenali sebagai Elcah, wanita tersebut berjaya merakam gelagat mesra As’ad dan Schaelinnea di tempat penonton.

Kelibat As'ad bersama Schaelinnea di KLFW 2018


Mungkin Elcah tidak berniat untuk merakam kelibat pasangan selebriti tersebut kerana dia ada menyebut (tag) nama seorang rakannya dikenali sebagai @ashyqn.

“Baby kau kan? @ashyqn si Asad Mow hahaha...”, tulisnya dalam rakaman tersebut yang dimuat naik pada petang Rabu.

Mungkin Asad tak perasan, tapi ada mata yang lebih cekap


Rojak Daily Kaw! difahamkan pelakon cantik Schaelinnea merupakan artis terbaru naungan Prokuya Studios.

Schaelinnea juga sedang sibuk menjalani penggambaran Cik Reen & Encik Ngok Ngek bersama pelakon Farah Nabilah untuk slot Astro Mega Drama di saluran Ria (104).

Sementara itu As'ad Motawh tercalon untuk kategori Artis Baru Terbaik (Lelaki), Lagu Terbaik (Malaysia), Ikon Media Sosial, Lagu Paling Popular APM dan Artis Paling Popular Anugerah Planet Muzik (APM).

#Selebriti #Selebriti