,
Kaw

Ada Orang Cuba Sabotaj Siti Nordiana?

Alexander Hadreez Jr
23/05/2017
07:49 MYT
Sepanjang hampir dua dekad menceburi bidang seni, penyanyi Siti Nordiana seboleh mungkin enggan menyusahkan mana-mana pihak, terutama apabila membabitkan soal kerja. Malah, disiplin adalah antara perkara sangat ditekankan oleh pihak pengurusannya.
Bagaimanapun apabila baru-baru ini dia dituduh datang lambat ke sebuah lokasi penggambaran seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar, baru-baru ini, sudah tentu berita itu cukup mengejutkan dirinya.
“Saya sendiri keliru lokasi penggambaran mana yang dimaksudkan kerana kali terakhir saya berada di set adalah sekitar tahun lalu. Biasanya, pengurus saya akan membuat call time dua jam lebih awal bagi memudahkan semua pihak.Enggan panjangkan cerita.
“Begitupun, saya boleh mengagak program yang dimaksudkan itu kerana saya ada meminta produksi terbabit untuk mempercepatkan giliran saya kerana selepas itu, saya ada terbabit dengan persembahan sebuah acara anugerah dan perlu membuat latihan,” cerita Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana kepada Rojak Daily Kaw!Pelayaran Bersama Siti Nordiana.
Walaupun terkejut dan mendakwa sedikit keliru dengan cerita itu berikutan dirinya sendiri tidak tahu lokasi penggambaran dimaksudkan, namun Nana lebih selesa untuk bersikap positif ketika berdepan situasi sebegitu.
Malah, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan single Terus Mencintai ini juga enggan menuduh mana-mana pihak kononnya cuba melakukan sabotaj terhadap kerjayanya apabila membangkitkan perkara itu kepada pengetahuan media.Sidang Media di PWTC baru-baru ini.
“Kalau boleh saya tak mahu memanjangkan perkara ini. Kepada mana-mana pihak yang terasa dan menganggap perbuatan saya itu menyusahkan mereka, saya memohon maaf,” ujar pelakon berusia 32 tahun ini ketika ditemui pada sidang media Showcase Pelayaran Sambil Menderma bersama Siti Nordiana itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Showcase selama 2 hari 1 malam itu akan berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos 2017, menaiki Super Star Libra Cruise dan belayar di sekitar Pulau Pinang. Tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ilassoticets.com. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-21706333.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.