Kaw
Ahmad Nawab Terima Pengiktirafan Kerajaan Pulau Pinang
Jasa komposer dan pemuzik veteran, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab terhadap industri muzik tanah air cukup besar atas sumbangan karya lagunya termasuk mendidik ramai penyanyi popular. Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Ramlah Ram antara anak didik beliau yang berjaya sebagai penghibur.
Beliau yang cukup dikenali sebagai pemain saksofon pernah menerima anugerah tertinggi iaitu Seniman Negara pada tahun 2006 sebagai pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap jasa dan sumbangan seninya.
Terbaru, jasa anak seni sepertinya diberi pengiktirafan menerusi anugerah pingat Darjah Gemilang Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri.
Dalam status terbarunya di Facebook malam tadi, beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas atas penganugerahan darjah tersebut.
Beliau yang berasal dari Jalan Trafer, Pulau Pinang terbabit dalam bidang muzik sejak setengah abad lalu mempunyai lebih 2,000 lagu ciptaannya termasuk koleksi piring hitam dan pelbagai anugerah yang pernah diterimanya.
Must-Watch Video