Pelakon Fasha Sandha akui selesa berkawan dengan aktor Aidil Aziz dan merupakan teman paling rapat dengannya.
“Buat masa ini apa yang saya boleh katakan dia adalah lelaki yang paling rapat dan saya belum bersedia untuk membicarakan tentang hubungan kami dengan lebih lanjut.

“Saya lebih selesa meletakkan diri saya berkawan rapat daripada bercinta. Tidak mahu komen panjang kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi dikemudian hari.
“Cukuplah saya katakan kami hanya berkawan rapat dan saya selesa dengan dia. Ya, sekarang ini saya masih single but not available,” katanya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem Blok 404 bertempat di Mutiara Damansara pada Selasa
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai video rakaman orang awam yang menunjukkan dia berpelukan dengan Aidil di sebuah lapangan terbang, Fasha bagaimanapun enggan memanjangkan perkara tersebut.

“No comment, saya tak mahu komen dan tidak akan komen mengenai video itu. Saya tidak mahu panjangkan lagi isu tersebut,” ujarnya.
Terdahulu, spekulasi mengenai kedua-dua selebriti mempunyai hubungan istimewa mula hangat diperkatakan selepas kerap dilihat bersama kebelakangan ini.
Video tular itu juga seolah-olah menguatkan lagi gosip mengenai hubungan Fasha dan Aidil.