Vokalis kumpulan rock legenda Search, Amy, mengakui dirinya kini sedang bahagia memperluaskan jenama perniagaan Phewiiit! yang semakin mendapat tempat dikalangan ramai.

Amy yang pernah diberi jolokan Raja Rock itu berkata, jenama Phewiiit! tidak merangkumi produk seperti pakaian sahaja tetapi turut diperluaskan kepada minuman seperti teh dan kopi.

Amy Search luaskan bidang perniagaan

“Rasanya sebelum ini ramai yang dah tahu mengenai Amy Search General Product yang menjual pakaian label saya, dan yang terkini sedang memperluaskan produk minuman keluaran sendiri, iaitu kopi dan teh tarik Phewiiit!

“Istimewanya, Kopi Phewiiit! berperisa nenas paling menjadi pilihan. Begitu juga dengan teh tarik kami. Mungkin kerana pelanggan sudah tahu kualiti dan keenakan rasanya.

“Alhamdulillah selepas tiga tahun, kami sudah mengekspot Kopi Phewiiit! ke Singapura dan Brunei. Rasa berbaloi penat lelah selama ini,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Phewiiit Coffee sudah berada di Singapura . @ratulemper @ratulemper exlusive stockist and retailer in Singapore. Available at 16 Baghdad St. Or whatsapp 98852678/98132450 for delivery orders. . . Sesiapa yg berminat utk menjadi stokist kami boleh email Ke [email protected] #amysearch® #amysearchgpco® #phewiiit®

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on


Tambah Amy, ramai juga yang bertanya kepadanya mengapa memilih kopi selepas perniagaan pakaiannya berjaya.

“Saya penggemar kopi, jadi saya fikir kenapa tidak setiap hari selepas bangun daripada tidur....Saya nikmati kopi sendiri dan mungkin itu lebih puas?

“Dan akhirnya saya mencari penyelesaian untuk mencari rasa kopi mengikut taste saya. Begitu juga dengan teh tarik yang dicipta mengikut kepuasan saya.

Kopi dan Teh Tarik citarasa Amy Search

“Saya berani kata, setiap hirupan, kepuasannya sama seperti menikmati lagu Isabella!.”
Bagaimanapun kata Amy, berniaga kopi tidak semudah yang disangka kerana banyak perkara yang perlu dititik beratkan.

“Kami bermula pada 2013 dan tidak mudah sebenarnya jual kopi ini, sebab kita kena pastikan barang yang diambil kualitinya terbaik.

“Mungkin orang ingat meniaga kopi sekadar buat packaging yang cantik-cantik, tapi sebenarnya tidak. Semua benda kita kena jaga. Dari sekecil-kecilnya hinggalah yang besar,” kongsinya kepada Rojak Daily Kaw!

Mug comel untuk pembeli Kopi Phewiiit!

Dalam pada itu, Amy yang popular dengan lagu Fantasia Bulan Madu itu turut memberitahu, Phewiiit! by Amy Search telah didaftar sebagai jenamanya yang sah di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My­IPO).

“Saya dah guna perkataan Phewiiit! sejak dari zaman persekolahan lagi, tetapi mula menjadi sinonim dengan saya sewaktu memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995 menerusi album Magic.

Selain minuman, rangkaian perniagaan pakaian miliknya juga berkembang maju

“Masa ambil anugerah itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut saya ialah “Phewiiit!” dan sejak itu ia menjadi sinonim dengan diri saya.

“Selepas beberapa ketika menjadi trademark, saya mula berfikir untuk menjenamakan perkataan ini dan akhirnya saya daftarkan Phewiiit! secara sah dengan MyIPO,” katanya.

“Tujuan saya mendaftarkan mendaftarkan Phewiiit! sebagai cap dagangan ialah untuk ia kekal sebagai hak eksklusif saya.

“Lagi pun saya tidak mahu timbul masalah seperti isu ciplak dan sebagainya di kemudian hari. Saya tak mahu orang lain senang-senang ambil kesempatan ke atas usaha kita,” jelasnya.