Skip to main content

Market Trends

“Alhamdulillah Baby Membesar Dengan Sihat” – Ummi Nazeera

ummi-8-bulan.jpg
Pelakon Ummi Nazeera yang kini hamil lapan bulan menyatakan rasa syukur apabila anak di dalam kandungannya membesar dengan sihat.

Ummi berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagramnya selepas selesai menjalani pemeriksaan doktor semalam.
Ummi bersama suami, Dr. Mohd Izzar Anwari
“Doctors appt today... Alhamdulillah baby is 2.2kg at 34 weeks. Growing well sayang ! And another good news. I'm finally 28 today hehe. Nak wish and doa best best boleh? #28YearsOld #MyBirthday,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan segala urusan bersalin Ummi dipermudahkan selain turut memberikan ucapan hari jadi.
 
Dalam perkembangan lain, Ummi bakal muncul dalam filem terbaru Gol & Gincu 2 Oktober depan.

Terdahulu, Umi dan suaminya Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani mendirikan rumah tangga pada 23 Julai tahun lalu.
 

Advertisement

Must-Watch Video