Kaw

“Alhamdulillah” – Lan Solo Syukur Pembedahan Cantum Bahagian Bibir Anak Selesai

Mya Amri
31/05/2018
05:13 MYT
Penyanyi Lan Solo melahirkan rasa syukur apabila anak keempatnya, Nur Amna Qusandra yang mengalami masalah sumbing selamat menjalani pembedahan mencantumkan bahagian bibirnya.
Menerusi akaun Instagramnya, Lan memberitahu pembedahan tersebut telah pun selesai kira-kira jam 11.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Xandra sebelum menjalani pembedahan. “ALHAMDULILLAH. Pembedahan bahagian bibir anak saya dah selesai. Tq doc & team! Tq jugak kepada semua yang mendoakan anak kami. InsyaAllah nanti kitorang update lagi pasal BabyXandra ye,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut Instagramnya mengucapkan tahniah dan berasa lega kerana pembedahan berjalan dengan lancar selain mendoakan kesejahteraan bayi comel itu.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, dan isterinya Nur Sheila Hassim, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009.
Selain Quxandra yang selamat dilahirkan pada 24 Februari lalu, pasangan ini juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
BACA: Sebak, Ramai Yang Tak Tahu Ini Rupanya Pengorbanan Lan Solo Untuk Baby Xandra
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri

gempak
26/07/2024
01:15 MYT
Penyanyi, Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad Anuar pada majlis pernikahan di Barern Hill, Hulu Langat pagi Jumaat.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

gempak
25/07/2024
04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jazemine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.