,
Kaw

Aliff Aziz Didakwa Pukul Isteri

Mohamad Bakar
28/07/2017
07:26 MYT
Pernah mencetuskan beberapa siri kontroversi sebelum berkahwin, Aliff Aziz sekali lagi mengejutkan ramai apabila beritanya di tahan polis pula terjadi.
Bagaimanapun insiden kali ini terjadi selepas dia bergelar suami. Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan anak lelaki
Artis tinggi lampai itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.
Difahamkan, Isterinya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff, 26, sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian seperti muka dan lutut.
Terdahulu, Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya ke pusat hiburan berkenaan selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.
Jurucakap polis memaklumkan, Bella yang mula tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.
Berlaku beberapa adegan apabila Alif dikatakan bertindak kasar hingga berlaku pergelutan kerana ingin merampas telefon bimbit isterinya.
Alif dikatakan berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit isterinya.
Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.
Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu berlaku.
Aliff dan Bella bernikah September tahun lalu.
Mereka menimang cahaya mata sulung lelaki, Mohamad Ayden Julai lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

“Mama Tunggu Abang Yu Balik” – Ibu Buntu Anak Dah 5 Hari Hilang Lepas COD Telefon Bimbit!

gempak
11/03/2021
01:45 MYT
Keluarga yakin Abang Yu 'dipegang' seseorang
BorakSeeni