KAW
Aliff Dalam 7 Dimensi Tersenarai Di Carta Top 10 GSC.
Mula ditayangkan pada 8 September lalu di pawagam, dalam masa dua minggu filem Aliff Dalam 7 Dimensi telah berada di tangga ke 10 dalam carta top 10 GSC. Jarang terjadi filem tempatan mendapat tempat dalam carta ini. Filem terbitan Astro Shaw ini adalah satu-satunya hasil tempatan yang berada dalam carta.
Sinopsis
Filem lakonan Izzue Islam, Julianna Evans, Alif Satar, kaka Azraf dan ramali lagi ini berkisarkan tentang Aliff, pelajar universiti yang mewakili saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa iaitu mampu melihat da mendengar entiti paranormal dari dimensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pelbagai pihak, namun teman-temannya mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Pada suatu hari dia bertemu Zul yang mempunyai kebolehan sama sepertinya. Zul menggunakan sakanya untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk menjadi lebih berkuasa. Aliff bimbang tindakan Zul akan menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif. Jadi dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Mampukah Aliff memenangi pertarungan ini? Rasai sendiri debaran menonton filem aksi seram ini di pawagan berhampiran anda.
Must-Watch Video