KAW
Alvin Chong Tidak Mahu Bercinta?
Pasti ramai yang sudah perasan pelakon kacak, Alvin Chong yang mula dikenali sejak berlakon dalam Suri Hati Mr Pilot. Khabarnya, sejak berlakon dalam cerita itu leng chai ini semakin digilai oleh wanita dan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan, memang manis orangnya. Paling cool, cute bila bertutur Bahasa Melayu. Ada yang turut berbisik kononnya Alvin ini ada persis pelakon Korea.

Alvin mula dikenali sejak berlakon bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot (Kredit Gambar: Instagram Alvin Chong @alvinchong123)
Rojak Daily Kaw! tidak hairan apabila ramai yang cair dengan Alvin, sebab dia memang mudah mesra dan peramah. Pertama kali berjumpa pun sudah ringan mulut bertegur sapa. Bagus Alvin, itu memang sikap yang digemari ramai.
Bila sudah handsome, hot dan popular, takkan la masih solo. Hakikatnya, akui Alvin dia tidak ada girlfriend. Amboi, bersorak riang nampaknya peminat Alvin.

Wajah Alvin persis pelakon Korea. (Kredit Gambar: Instagram Alvin Chong @alvinchong123)
Kata Alvin, kali terakhir dia mempunyai kekasih dan bercinta kira-kira lima tahun dulu. Lima tahun bukan masa yang singkat. Kiranya sudah lama juga hidup sendirian.
“Saya sudah lama tidak bercinta selepas kali terakhir putus lima tahun lalu. Sampai sekarang saya masih solo dan saya selesa dengannya.
“Hubungan cinta itu tidak kesampaian apabila, kami masing-masing sudah tidak ada keserasian,” katanya.
Alvin tidak menafikan dirinya yang masih muda ketika itu dan sibuk dengan menguruskan hala tuju hidup menyebabkan hubungan itu tidak kekal.

Alvin mahu berlakon lebih banyak dalam drama dan filem Melayu. (Kredit Gambar: Instagram Alvin Chong @alvinchong123)
“Lagipun masih muda dan sama-sama belum cukup matang,” katanya tertawa.
Alvin yang baharu berusia 21 tahun mahu memberikan fokus terhadap kerjaya seninya pada ketika ini termasuk mahu mencuri hati peminat Melayu.
Dirinya mahu dikenali dalam kalangan orang Melayu kerana percaya mampu berlakon dengan baik termasuk memegang watak lelaki mualaf misalnya.
“Saya sedia menerima tawaran sekiranya ada watak yang sesuai. Saya tahu bukan mudah untuk pelakon cina berlakon dalam produksi Melayu kerana ada kala watak tidak sesuai.

Projek terbaru berlakon bersama Mira Filza, Ayda Jebat dan Christina Suzanne. (Kredit Gambar: Instagram Alvin Chong @alvinchong123)
“Tapi saya sedia belajar dan tidak kisah untuk bawa apa sahaja watak yang diberikan,” katanya yang turut pernah melahirkan single bahasa Melayu berjudul Lagu Mu.
Alvin juga bercadang untuk melahirkan album sekitar Mac nanti bagi memastikan kerjaya lakonan dan nyanyiannya seimbang.
Ketika ini dia sedang berlakon dalam mini series Astro Gempak berjudul Tiga Gadis Manja bersama Mira Filzah, Ayda Jebat dan Cristina Suzanne.