Kaw
Amelia Henderson Mengaku Sudah Bercerai, Buka Mulut Kerana Tak Mahu Netizen Terus ‘Membawang’
Pelakon kacukan India-Scotland itu berkata, Amelia Henderson sudah berpisah dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada tahun ini.
Amelia bagaimanapun enggan enggan berkongsi tarikh sebenar dia dan bekas suami membawa haluan masing-masing.
Pelakon yang popular menerusi drama, Jangan Benci Cintaku itu berkata, sudah tiba masa untuk dia membuka mulut daripada membiarkan netizen terus 'membawang' cerita yang tidak benar.
"Perkahwinan kami terlerai di pertengahan jalan adalah ketentuan Tuhan. Mungkin ada yang menganggap saya bercerai kerana berkahwin pada usia muda dan tidak matang, tetapi orang dewasa juga ada yang berpisah. Semua itu takdir yang tercatat dalam perjalanan hidup saya,” katanya.
Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.
“Mungkin jodoh saya tidak kekal, tetapi Tuhan menggantikannya dengan rezeki lakonan yang melimpah-ruah.
"Saya dan bekas suami membuat keputusan untuk berpisah bersama-sama. Ia dilakukan dengan tenang, biarpun keputusan itu bukan mudah. Saya harus pandai mengawal perasaan untuk menjaga hati keluarga kedua-dua pihak," katanya.
Amelia berkata, tumpuannya kini beralih semula kepada kerjaya lakonan yang ditinggalkan sejak 10 tahun lalu. Dia yang kembali sejak awal tahun ini mengakui, terkejut dengan penerimaan pengarah dan produser.
"Saya kembali berlakon bukan kerana sudah bercerai, tetapi sudah tiba masanya saya meneruskan perancangan yang tertangguh. Apa yang terjadi dalam kehidupan peribadi, tiada kena mengena dengan kerjaya. Syukur, saya diterima semula.
"Buat masa ini, saya belum terfikir untuk mencari pengganti. Bayangkan, saya hanya sempat berehat sehari atau dua sebelum memasuki set penggambaran lain. Jadual saya padat hingga akhir tahun.
“Kerjaya lakonan saya kembali bernyawa selepas diuruskan syarikat pengurusan, Uprising Entertainment," katanya yang pernah membintangi lebih 140 iklan komersil sejak kanak-kanak.
Sumber: BHOnline
Must-Watch Video