Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

Amy Mastura Mahu Peminat Positif Menerusi Kalimah

Elrafaei Sapi 20/12/2016 | 09:34 MYT
Melihat raut wajah dan susuk tubuhnya seolah membayangkan penyanyi Amy Mastura tidak dimamah usia. Sehingga kini, lagu "Jawapan Kasih, Meniti Hari" dan "Diam Diam Rindu" antara lagu popular yang terus diminati ramai peminatnya.
Masih terus berjuang dalam industri muzik tanah air, Amy kembali dengan 'single' terbaru, "Kalimah" yang membawa genre balada. Jelasnya, maksud lagu ini menggalakkan peminatnya menyebut ayat-ayat positif untuk memberikan impak yang baik dalam kehidupan.
Bagi Amy sendiri, dia sangat berpuas hati dengan hasil lagu ini yang menggambarkan jiwanya kini yang disifatkan ringkas tetapi membawa maksud mendalam sambil berharap ia memberi kesan pada peminat yang mendengarnya.
#muzik #Muzik