Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Ana Dahlia Kembali Bergelar Isteri

Elrafaei Sapi
01/09/2016 08:00 MYT
Pelakon Ana Dahlia kembali bergelar isteri selepas melangsungkan majlis perkahwinannya yang diadakaan di Taiping, Perak semalam bersama pasanganya, Mohd Ashraf Jurey.

Ana atau nama sebenar, Diana Mastura Jaafar, 33, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan, seperti dilaporkan Utusan Online. Dia juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala lima dulang pihaknya.

Ana menerima wang mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala jumlah wang hantara dirahsiakan. (Gambar: anadahlia2016 - Instagram)
Katanya, dia bersyukur majlis tersebut dijalankan dengan lancar dan mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan sehingga akhir hayat. Ana sebelum ini pernah berkahwin denagn Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz) dan pasangannya itu juga pernah berkahwin sebelum ini.

Ana bersyukur majlis perkahwinannya kali ini berjalan lancar. (Gambar: anadahlia2016 - Instagram)
#Selebriti #Selebriti