Bintang Big Stage, Andi Bernadee tidak terkilan atau sedih apabila namanya diumumkan sebagai peserta kedua disingkirkan dari pentas realiti tersebut.

Andi ketika ditemui Rojak Daily Kaw! memberitahu, sudah melakukan persembahan yang terbaik dan berasakan dia melangkah keluar daripada pentas Big Stage secara bermaruah.

Bottom three...Andi dah jangka akan tersingkir

“Saya sudah bersedia daripada awal lagi untuk menghadapi segala kemungkinan di pentas realiti ini. Tambahan lagi saya orang baru dalam industri ini.

“Walaupun juri memberi markah yang baik kepada saya, kekurangan undian penonton menyebabkan saya gagal untuk kekal di sini (Big Stage).

Selamat tinggal...

“Apapun saya tidak terkilan kerana sudah memberikan persembahan terbaik di minggu ketiga ini,” katanya.

[[BACA: "Bila Andi Disingkirkan, Saya Berharap Datuk Siti atau Faizal Tahir Lakukan Sesuatu" – Ernie Zakri]]

Ketika ditanya adakah dia terima sekiranya diserap masuk semula ke Big Stage, Andi memberitahu, dia percaya kepada rezeki.

“Saya hormati keputusan yang sudah dikeluarkan pada malam ini, kerana setakat ini sahajalah rezeki saya.

Andi Bernadee percaya pada rezeki

“Sesiapapun, jika ditanya akan memberikan jawapan serupa iaitu, percaya kepada rezeki dan ketentuan yang sudah tertulis,” ujarnya.

Pada minggu ketiga Big Stage yang berlangsung pada malam Ahad lalu, Andi menyampaikan lagu berjudul Tak Pernah Hilang nyanyian asal Amylea dan Kaer bersama artis jemputan Indah Ruhaila.

Persembahan bertenaga Andi telah mendapat komen positif juri profesional, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain Siti Nurhaliza, Andi turut diadili oleh juri tetap Faizal Tahir dan juri jemputan, Mark Adam.

Juri jemputan minggu ketiga, Mark Adam

Andi menjadi peserta dikedudukan tiga terendah dengan peratusan sebanyak 74.33%, bersama Tajul yang memperolehi 72.6% dan Afieq Shazwan 73.53% markah daripada juri.

Untuk undian TikTok pula, Andi hanya memperoleh sebanyak 9.59% markah daripada penonton.

Andi, jika tidak tersingkir akan menyanyikan lagu Umpan jinak di air tenang, nyanyian asal Ahmad Jais di minggu keempat , dalam tugasan bertemakan, Cover Tapi Bukan Aku.

Program yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).