Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KAW

Andainya Takdir Dari Anuar Zain Mampu Mengusik Jiwa

Ain Mahthir 23/09/2016 | 03:09 MYT
Lirik lagu Andainya Takdir nyanyian Anuar Zain ini bila pertama kali didengari memang sudah boleh menangkap jiwa. Seakan berlegar-legar liriknya di dalam kepala. Apatah lagi menonton muzik video yang hanya boleh ditonton sepenuhnya pagi ini. Jika diamati sebetulnya mampu mengusik jiwa. Adunan susunan lagu, liriknya, jalan cerita dan lain-lain membuatkan kalbu bagaikan ditusuk kesedihan.
Muzik video hasil lakonan hebat Anuar Zain bersama Sharifah Sakinah dan Balqis ini mendapat pujian ramai netizen. Ada yang mengakui mengalirkan air mata di pagi hari kesan menonton video ini, ada yang berkata tidak sia-sia penantian mereka setelah bertahun-tahun menantikan naskah terbaru dari Anuar dan ada juga yang mengucapkan tahniah kerana masih tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya.
Lantunan vokal penyanyi balada ini sememangnya cukup mengagumkan dan tidak boleh disangkal sekalipun. Cukup sempurna. Lagu ciptaan Helen Yap dan liriknya oleh Habsah Hassan ini menjadi ia satu naskah yang cukup hebat. Lagu ini juga dimuatkan dalam album terbaru Anuar Zain yang sudah boleh mula ditempah melalui laman sesawang Lazada.
Terdapat tujuh lagu lain yang dimuatkan dalam album terbaru ini iaitu Kembali, Cinta Takkan Berakhir, Kerana Aku Cinta, Hujan (nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Belahan Hati, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.
Memetik laporan akhbar Kosmo, Anuar mengakui lebih rela mengambil masa yang lama untuk menghasilkan karya terbaik dan bermutu tinggi. "Saya kira semua pihak sedia maklum, saya amat teliti mengenai hal-hal berkaitan dengan pemilihan lagu dan susunan muzik dalam album sehingga tempoh yang diambil untuk menyiapkannya mengambil masa bertahun-tahun. Jadi semua lagu dalam album ini adalah yang terbaik," kata Anuar.
#Artis #artis