,
Kaw

Anuar Zain Kongsi 'Rahsia' Bertahan Selama Tiga Dekad

Elrafaei Sapi
07/10/2016
04:47 MYT
Ketika ini, lagu Anuar Zain, Andainya Takdir menarik perhatian khalayak apatah lagi dalam klip video lagu itu menampilkan penyanyi itu sendiri melakonkan watak sebagai nelayan bersama seorang anak yang mengalami kesedihan selepas ditinggalkan isteri.
Di sebalik populariti lagu itu yang semakin dimainkan di radio, Anuar berkongsi 'rahsia' kekal sebagai artis sepertinya yang bertahan dalam industri muzik sejak berkecimpung pada tahun 1983.
Jelasnya, kemahuan dan disiplin yang tinggi dalam diri sangat penting termasuk melakukan hasil terbaik dalam karya seperti kualiti menerbitkan album.
"Album pertama memperkenalkan diri pada pendengar sangat penting. Disiplin dan merendah diri dengan orang sekeliling boleh membawa artis itu ke tahap lebih tinggi," katanya dalam program Ruang Bicara bersama Datuk Dahlan Maamor di Bernama TV, malam tadi.
Tambahnya, artis juga perlu mempunyai hubungan baik dengan rakan media seperti sahabat yang saling bekerjasama antara satu sama lain yang menguntungkan kedua pihak.
Ditanya seorang lagi panel jemputan, Pengarang Rencana Metro Ahad, Adam Salleh mengenai pandangan senario artis yang bersikap 'besar kepala' mempromosi diri sendiri dalam media sosial tanpa sokongan media, Anuar menjawab peranan media dalam membantu kerjaya artis masih diperlukan.
"Bukan wartawan, kita tidak tahu etika penulisan dan bahasa yang digunakan. Begitu juga dalam media sosial, jika tidak arif tentang penulisan ia mungkin jadi 'backfire' pada artis itu sendiri.
"Seharusnya bekerjasama dengan cetak, elektronik dan media sosial. Media ada profesional kerana mereka mempunyai 'values' untuk menwar-warkan pasal artis. Bukan semua orang tengok media sosial artis atau pendedahan setakat 'followers'.
"Kalau kita dedahkan diri bersahabat dengan media profesional, ia membantu artis ke peringkat lebih tinggi. Bukan mahu berseronok dalam industri tetapi menjadi kumpulan yang memberi informasi dan membantu menaikkan minda masyarakat. Jadi, kita perlukan satu sama lain kerana penulisan profesional datang daripada media sendiri manakala penulisan 'fun' daripada artis," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
Hiburan

Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

gempak
16/10/2024
04:25 MYT
Tular satu video di TikTok memaparkan pelakon, Fattah Amin berkongsi pesanan yang diberikan ayahnya, Mohd Amin Musa.
Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
14/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Hiburan

27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

gempak
12/10/2024
05:07 MYT
Hampir tiga dekad dalam industri hiburan, pelakon Rita Rudaini mencipta sejarah apabila pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.
Hiburan

Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”

gempak
12/10/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul mengakui tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 selepas meraih 8,882,662 undian daripada peminat.
BorakSeeni