KAW
Astro Perkenalkan 14 Orang Pelajar Akademi Fantasia 2016
Empat belas orang pelajar Akademi Fantasia 2016 telah dikenal pasti menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti oleh tenaga-tenaga pengajar serta pihak produksi.
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Kegembiraan+jelas+di+wajah+masing-masing+setelah+terpilih+memasuki+Akademi+Fantasia+2016|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Siapakah+di+antara+mereka+yang+bakal+bergelar+juara+Akademi+Fantasia+2016%3f|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Tujuh orang pelajar lelaki iaitu AMAL; [Mohamad Ammal Shafiq Osman, 21, Pulau Pinang]; AMIR; [Amir Syazwan Masdi, 20, Selangor], IKRAM; [Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Kuala Lumpur], ZAROL; [Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Johor], RAIS; [Azarul Rais Mansor, 22, Selangor], HALMY; [Halmy Hamizan, 23, Kuala Lumpur] dan ISA; [Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23, Selangor].

Manakala tujuh orang lagi ialah pelajar perempuan iaitu AFI; [Nur Hafizah Longkip @ Thomas, 23, Sabah], ARA; [Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Negeri Sembilan], RAHILA; [Nurul Rahila Rashun, 20, Singapura], RIANA; [Isyariana Che Azmi, 26, Pahang], JASPER; [Jasper James Supayah, 23, Johor], ASHA; [Siti Aishah Abdul Razak, 20, Melaka] dan RESHMA; [Kareshma Martin John Patrick, 18, Selangor].

AF2016 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF2016 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 malam bermula pada 15 Ogos 2016. Manakala Konsert Mingguan AF2016 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 Ogos 2016.
Jom tengok video pengenalan pelajar-pelajar ini!
Must-Watch Video