Kejayaan pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di pentas dunia apabila menang Anugerah Puskas FIFA baru-baru ini suatu yang membanggakan buat semua rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia, bangsa, agama dan latar belakang.
Menariknya, ucapan kejayaan terhadap pemain berusia 29 tahun ini masih berterusan di media sosial bukan saja membabitkan peminat tegar bola sepak tetapi golongan selebriti juga sama berkongsi kegembiraan. Pedulikan komen negatif dan teguran segelintir pihak yang mahu menjatuhkan semangat pemain itu yang sepatutnya memberi lebih banyak kata-kata perangsang untuk kita melatih pemain bola sepak tempatan lain menjadi sehebat Faiz mahupun berpeluang beraksi ke peringkat antarabangsa.
Susulan kejayaan Faiz, pelakon popular tanah air, Azhar Sulaiman turut meluahkan pandangannya terhadap cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu mewujudkan anugerah baru jaringan gol tercantik Liga Malaysia pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan akan datang.
"Ini sahaja kenyataan yang boleh diberikan selepas balik dari berjumpa pemain-pemain ternama dunia dan orang-orang FIFA dan warga bola sepak dunia selepas kejayaan Faiz?. Cakaplah kita akan fokus 'target' dan program kita untuk memperbaiki 'ranking' kita dalam Asia," katanya menerusi status di Facebook, hari ini.
Tambahnya, FAM tidak perlu membuat kenyataan untuk perkara 'kecil' melainkan peminat mengharapkan badan pengurusan bola sepak negara itu menyatakan perancangan besar dan matlamat selepas ini.
"Nampak seperti tidak tahu apa yang mereka buat. Takkan ini adalah perkara terbaik yang boleh mereka katakan selepas kena kritik teruk sejak sekian lama," ujarnya yang mahukan perubahan positif terhadap perkembangan bola sepak tempatan.