Gitaris kumpuan Kristal, Rody akui gembira sebaik sahaja mendapat tahu isterinya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman hamil.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, 32, meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi.
Pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.

“Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak,” tulis Rody menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.
Rody dan isteri tidak sabar dengan kehadiran 'orang' baru.
Rody juga turut berkongsi video isterinya sedang menjalani pemeriksaan ultrasound.

Assalamualaikum semua.. alhamdulillah.. syukur pada Allah.. aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.. tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dlm hidupku.. di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak.. doakan kandungan isteriku dan anakku sihat.. moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy..! Baby jangan nakal2 ya.. rehat elok2 kat dalam dulu k.. insyaallah nanti kluar kita g jalan2.. ? Syukur Alhamdulillah.. #mamabolobolo #papabolobolo

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Dalam pada itu, Rody juga memberitahu isteri dan kandungannya berada dalam keadaan baik selain meminta pengikut Instagramnya mendoakan kesejahteraan isterinya sepanjang tempoh kehamilannya.

“Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat. Moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy!
Rody berharap isteri kuat sepanjang tempoh kehamilan.
"Baby jangan nakal-nakal ya. Rehat elok-elok kat dalam dulu ok. InsyaAllah nanti keluar kita g jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah.. #mamabolobolo #papabolobolo,” tulinya.

Rody mendirikan rumah tangga bersama Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman pada April lalu.