Skip to main content

Market Trends

“Bangga Tak Puasa? Panas Hati Bila Orang Permainkan Allah!” – Azza Elite Geram Dengan Faiz Roslan

azza-faiz-roslan-tak-puasa.jpg
Pelakon dan penyanyi Azza Elite menegur tindakan bintang media sosial, Faiz Roslan yang mengaku tidak solat dan puasa.

Azza menerusi Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan sikap Faiz Roslan yang dianggap menghina dan mencemarkan bulan Ramadan.

“Sebelum tu ku minta maaf sebab tegur mu eh Faiz! You watch out! Allah bagi kelebihan famous! Famous ek? I don’t understand why people make you famous with idiot behaviour!
Azza tegur Faiz secara terbuka.
“Adik oh adik kau jangan buat gitu dik! Mana malu kau dengan Allah! Kau bangga kau tak solat Kau bangga kau tak puasa. Astaghfirullah! Nape mu gitu? Jangan sampai Allah tarik nikmat kita dik. Sharnaaz tegur ramai beck up!! Padahal apa yang Sharnaaz cakap tu memang benar belaka.

“Aku dengar kau menjawab kau siap! Ni aku pulak cakap! Panas hati aku bila orang permainkan Allah. Kami pun penah muda. Pernah famous dari kau okay!!! Tapi kami takut nak permainkan Allah. Kami tegur sebab rasa kamu perlu ditegur!! Apa pun aku doa semoga Allah beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi orang baik- baik,” tulisnya.
 
 

sblm tu ku minta maaf sb tegur mu eh faiz! u watch out ! Allah bg kelebihan femes ! femes ek ?? i dont understand y ppl make u femes with idiot behaviour! adik oh adik ko jgn wat gitu dik ! mana malu ko dgn Allah ! ko bangga ko x solat .. ko bangga ko x puasa .. astaghfirullah ! nape mu gitu ??? jgn sampai Allah tarik nikmat kita dik.. sharnaaz tegur ramai bekap !! padahal apa yg sharnaaz ckp tu memang benar belaka .. aku dengar ko menjawab ko siap!! ni aku pulok ckp !! panas hati aku bila org permainkan Allah.. kami pun penah muda .. pnh femes dari ko ok !!! tapi kami takut nk permain kan Allah .. kami tegur sb rasa kamu perlu di tegur!!pe pun aku doa semoga Allah beri hidayah buat kamu semoga kamu menjadi org baik baik . tolong lah gais !! kenapa bg org org mcm ni femes !dia ckp dia x puasa sb dia x solat korang nk tgk dia pg tgk kt fb azza rima kita hamba Allah dik bukan hamba ig #jakim #jabatanagamaislam #muftiwilayah @drzulkifli.albakri tolong unfollow dia kalau tidak lagi menjadi jadi

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0187785456 (@azzaelite) on

Tambah Azza lagi, dia menyokong tindakan pelakon Sharnaaz yang pernah menegur Faiz sebelum ini kerana memuat naik video tarian sambil berpakaian seperti wanita di Instagramnya.

“Sebab tu la aku sokong apa Sharnaaz cakap! Cakap baik-baik pujuk tak makan saman budak ni. Berani sangat-sangat dah dia. Orang sampaikan, orang tegur, sembunyi sembunyi tak jalan. Bukan suka-suka nak marah kau tapi bersebab!

“Kami perempuan if tak puasa pun malu nak cakap tak puasa. Kau?? Bangga. Kalau tak tegur esok Allah tanya kenapa tak tegur? Atleast habis dah bahagian kami. Kenapa tegur terang terangan? Sebab  dia ni tegur sembunyi tak jalan dah. Kalau ya pun nak famous jangan sampai permainkan puasa dan solat. Kami pun tak baik dik so sama- samalah perbaiki.
Azza harap Faiz terima teguran secara positif.
“Moga Tuhan beri kamu kesempatan sebelum di tarik nikmat yang kamu ada sekarang. Kamu kan famous. jika kita x puasa kita jgn upload video makan di bulan puasa dik. #penghinaanramadhan. Jangan sombong dengan Allah. Kalau dengan ulama pun kamu tak nak dengar, kamu nak dengar dari siapa.

"Oh ya, lupa kak za. Yes, saya seorang penyanyi dan pelakon, 22 tahun yang lalu. Kehidupan saya tak tentu arah betul.Banyak kejadian yang buat saya berubah antaranya Allah hantar teguran dari netizen!!

"Saya risau sebab saya ada mak ayah dan teguran netizen buat saya banyak merenung sampai bila saya nak macam tu. Dan ada satu teguran yang buat saya berubah, teguran dari Allah buat saya terus nak ubah dari segala segi so pada yang cakap kak Za pun nari lah terkinja tu dulu dik!
Azza juga akui pernah ditegur netizen suatu ketika dulu.
“Itu adalah pekerjaan! Bukan nari bodoh bodoh!Iitu kehidupan kak Za yang lalu. Kak Za kalau boleh nak ubah masa supaya kak Za bukan yang itu. Tetapi kak Za yakin kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yang lebih baik. Orang tegur jangan sombong! Ambil la positif.

"Kalau awak fikir negatif teguran orang. Hurmm tak tahu lah nak cakap macam mana kan.  Ini kalau dah tak boleh tegur macam mana! Nak back up tara mana lagi dik, kita ubah perlahan-lahan jujur dan istikhomah okay. Manalah tahu teguran dari kami yang kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik,” coretnya panjang lebar.
 
 

sebab tu la aku sokong apa sharnaaz ckp !! ckp baik baik pujuk tak mkn saman budak ni.. berani sgt sgt dah dia .. orang sampaikan .. orang tegur .. sembunyi sembunyi x jln .. bukan suka suka nk marah ko.. tapi bersebab!! kami pompuan if x puasa pun malu nk ckp x posa . kau?? bangga nau nau .. kalau x tegur esok Allah tanya knapa x tegur? atleast habis dah bahagian kami . kenapa tegur terang terangan? sb .. dia ni tegur sembunyi x jln dah kalau ya pun nk femes jgn sampai permainkan puasa dan solat ? kami pun x baik dik so sama sama lah perbaiki . moga Tuhan beri kamu kesempatan sebelum di tarik nikmat yg kamu ada skrg. kamu kan femes? jika kita x puasa kita jgn upload video makan di bulan puasa dik.. #penghinaanramadhan jangan sombong dgn Allah .. kalau dgn ulama pun kamu tak nak dengar .. kamu nk dgr dari siapa.. oh ya .. lupa kak za yes . saya seorang penyanyi dan pelakun .. 22 tahun yg lalu .. kehidupan saya x tentu arah .. betul✅ bnyk kejadian yg buat saya berubah .. antara nya Allah antar teguran dari netizen !! saya risau sb saya ada mak ayah .. dan teguran netizen buat saya bnyk merenung sampai bila saya nk mcm tu .. dan ada satu teguran yg buat saya berubah .. teguran dari Allah .. buat saya terus nk ubah dari segala segi .. so pada yg ckp kak za pun nari lah terkinja tu dulu dik !!dan itu adalah pekerjaan !!bukan nari bodoh bodoh ! itu kehidupan kak za yg lalu.. kak za kalau boleh nk ubah masa supaya kak za bukan yg itu .. tetapi kak za yakin .. kehidupan masa lalu adalah pengajaran agar kita ubah diri kita supaya jadi yg lebih baik. org tegur jgn sombong! ambil la positif .. kalau awak pk negative teguran org . hurmm x tau la nk ckp mcm mana kan .. ni kalau dah x boleh tegur camano! nk bekap tera mana lagi dik.. kita ubah perlahan lahan jujur dan istikhomah ok . manala tau teguran dari kami yg kecil ni buat kamu jadi lebih baik malah lebih baik .

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0187785456 (@azzaelite) on

Terdahulu, Faiz, telah membuat pengakuan secara terbuka menerusi video live Instagram pada petang Isnin dan mengaku dia tidak berpuasa

Kini difahamkan Faiz sudah pun menyahaktifkan akaun Instagram miliknya setelah menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen selepas video tersebut menjadi tular.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video