Pelakon Zara Zya mendedahkan sudah membawa kekasihnya aktor Hafreez Adam bertemu dengan keluarga pada Syawal lalu.

Bagaimanapun Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 33, berkata pertemuan itu hanyalah sekadar untuk menyambut Hari Raya dan mengenali keluarga dengan lebih dekat.
Zara sudah bertemu ibu Hafreez.
“Dah bawa Hafreez jumpa keluarga waktu raya hari itu, belum ada perancangan seterusnya hanya kenal-kenalkan sahaja. So far lulus.

“Saya pun sudah jumpa ibu dia, bagi saya nak ambil hati keluarga bukan sahaja dari segi masakan tetapi perangai pun kena jaga.

“Jaga diri macam mana kita bergaul, mungkin kadang-kadang kita selesa dengan perangai pasangan kita saja tetapi dengan adik-beradik macam mana pula caranya kita nak bergaul kan? Jadi saya tengah belajar sedikit sebanyak tentang hal-hal seperti itu,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Peminat mendokan hubungan pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.
Zara ditemui pada sidang media program Super Spontan Xtravaganza bertempat di Marriot, Putrajaya pada Isnin.

Berbicara mengenai hubungan mereka, Zara berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Hafreez.
Gelagat Zara bersama Hafreez.
“Apa yang boleh saya katakan sekarang, doakanlah yang terbaik untuk kami. Memang bila tengah suka semuanya manis.

“Kami pun manusia biasa juga berkawan ikut keadaan tetapi esok lusa kita tidak tahu pula apa yang bakal terjadi, jadi doa-doakanlah kami,” ujarnya.