Skip to main content

Market Trends

Bekas Suami Berkahwin Lain, Laman Instagram Pula Digodam

elly-mazlein-sedih-01.jpg

Selepas dikejutkan dengan berita pernikahan bekas suaminya dengan pelakon, Faye Kusairi Ahad lalu, Elly Mazlein, dilaporkan pula berdepan kesedihan apabila akaun Instagramnya yang menjadi sumber rezeki digodam.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 37, mengakui terkilan apabila akaun @iamellymazlein yang diikuti kira-kira 520,000 pengikut laman sosial menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab.

“Saya memang sedih kerana semua kenangan yang dirakamkan dan dikongsi menerusi Instagram berkenaan tidak boleh dibuka. Seramai 520,000 pengikut yang dikumpulkan selama ini hilang sekelip mata.

“Paling saya kesalkan kerana terdapat kenangan peribadi ketika saya hamil, melahirkan anak saya dan detik Sefhia membesar turut saya simpan di situ. Ia bukan hanya album peribadi malah medium untuk lebih dekat dengan peminat.

Kak Lina Pom Pom harap laman Instagram beliau tidak lagi diganggu.(Kredit Gambar: Chempaka Nur Iman)

"Sebenarnya aktiviti kerjaya saya banyak terganggu terutama urusan promosi di mana saya terikat dengan kempen Super Karok Kool FM serta undian bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan sejak malam kelmarin akaun penyanyi terbabit sudah boleh dibuka peminat selepas seharian tidak dapat diikuti ramai namun belum dapat dipastikan sama ada ia bebas daripada penggodam.

Akaun berkenaan semakin aktif selepas beliau menyertai Gegar Vaganza (GV) musim tiga sekali gus menjadi medan untuknya berinteraksi dengan ramai peminat sekali gus menyaksikan pertambahan pengikut selepas satu persatu kontroversi menyelimuti kehidupannya.

Antara isu panas membabitkan Elly termasuk isu perpisahan dengan bekas suaminya, Azmi Hatta yang dikatakan berpunca daripada orang ketiga serta kelantangannya memperjuangkan nasib anak tunggal mereka selepas ditinggalkan si ayah ketika masih hamil.

Menerusi akaun sama, beliau yang membahasakan diri sebagai Kak Lina Pom Pom dengan berpaksikan kepada karektor sinis tetapi lucu itu nyata membuatkan ramai ingin mengetahui paparan hariannya di Instagram berkenaan.

Must-Watch Video