Skip to main content

Market Trends

Benarkah Hefny Sahad Dan Uqasha Sudah Putus?

hefni-01.jpg

Benarkah hubungan cinta Hefny Sahad dan Uqasha seperti telur di hujung tanduk. Malah ada angin yang membisikkan ke telinga Rojak Daily Kaw! memaklumkan hubungan mereka seperti retak menanti belah. Mungkin hasrat untuk melihat mereka bertunang dan seterusnya menjadi raja sehari hanya akan tinggal sejarah.

Malah beberapa senario seperti tidak lagi memuat naik gambar bersama kebelakang ini mencetuskan tanda tanya peminat dan netizen terhadap status hubungan mereka kini.

Hefny enggan bercerita panjang.

Advertisement

Cuma kedua-duanya dilihat masih lagi follow Instagram masing-masing dan tidak seperti pasangan lain yang pantas unfollow bila sudah putus kasih sayang.

Bagaimanapun bagi Hefny yang baru-baru berpeluang mengerjakan umrah dia bagaimanapun tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan mereka.

"Status perhubungan? Kami macam biasa, cuma tak mahu bercerita lebih mengenai perkara ini. Saya tak mahu komen.

“Saya harap tidak ada individu yang cuba membuat spekulasi hanya kerana saya jarang memuat naik gambar bersama di media sosial.

Mahu fokus pada kerjaya.

“Kami masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tidak ada apa-apa yang terjadi. Semuanya berjalan seperti biasa. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Malah Hefny dilihat enggan menggembar-gemburkan lagi fasal hubungan mereka dan selesa berkongsi perkembangan kerjayanya.

“Sudah terlalu banyak kenyataan saya keluarkan sebelum ini mengenai hubungan kami. Liputan juga lebih tertumpu pada kisah peribadi dibandingkan kerjaya.

“Tahun 2018, saya mahu fokus pada kerjaya. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai cerita kami. Saya tidak mahu dilabel menumpang populariti kerana pengikutnya di laman sosial lebih kuat,” kata Hefny.

Masing-masing sibuk dengan kerjaya.

November lalu, ada artikel yang pernah melaporkan pengesahan Uqasha bahawa dia dan Hefny akan bertunang tahun ini, selepas lebih setahun bercinta.

Namun, pemerhatian dibuat menunjukkan pasangan ini tidak lagi memuat naik foto bersama di laman sosial sejak Disember tahun lalu.

Hefny berkata, dia dan Uqasha masing-masing sibuk dengan karier. Hefny kini menjadi pengacara untuk program bual bicara baharu berjudul Borak Kopitiam.

Must-Watch Video