Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaireyll Benjamin Ibrahim, 38, ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki menyembunyikan dadah jenis syabu. Penangkapan dibuat di Lapangan Terbang Kualanamu, Deli, Serdang, Sumatera Utara pada malam Selasa.

Lebih memalukan, pelakon itu ditangkap dengan dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam duburnya.

Benjy ketika ditangkap pihak berkuasa Indonesia.

Menurut Ketua Jabatan Kastam Kualanamu, Zaky Firmansyah menerusi Detik.com, "pelaku merupakan aktor filem Malaysia. Kariernya bermula sejak muda dan dia anak seorang ibu artis ternama di Malaysia".

Benjy menaiki pesawat Malindo Air ke Medan dengan tujuan mencari DJ. Benjy juga mengaku kepada pihak kastam bahawa dia membeli syabu dari seseorang yang berada di Kuala Lumpur.

Tambah Zaky lagi, "tertuduh boleh dikenakan hukuman mati kerana menjadi pengedar syabu namun kes itu masih disiasat," katanya.

Benjy kini ditahan oleh pihak berkuasa Ditresnarkoba Polda Sumut.