Skip to main content

Market Trends

“Beri Saya Tempoh Lima Tahun Lagi.” - Nabil Ahmad

nabil-01.jpg

Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad berharap keyakinan berbahasa Inggeris sejak menggalas tanggungjawab menjadi hos program HBO Sentral dapat membawanya ke pentas stand-up comedy antarabangsa.

Menjadikan Harith Iskander sebagai idola, beliau meletakkan tempoh lima tahun lagi sebelum benar-benar bersedia melakukan lawak solo sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris atau di hadapan penonton luar negara.

“Sejak bersama pasukan HBO Sentral, saya diminta berani untuk bercakap dalam dwi bahasa sekali gus selepas lebih hampir tiga tahun mempraktikkannya termasuk ketika di rumah, lisan saya kini lebih lancar.

Bersama team HBO Sentral.

“Dari situ saya kerap belajar selain tidak malu mengaku sentiasa cuba memperbaiki sebutan hasil perbualan dengan anak yang baharu berusia lima tahun. Itulah guru saya malah dulu walau ‘grammar’ kadang kala tunggang langgang, saya teruskan saja bercakap.

“Sebenarnya Harith juga antara individu yang kuat memberi sokongan supaya saya melangkah jauh dalam stand-up comedy. Antara asasnya adalah menguasai bahasa Inggeris. Biar impian itu ada, bagi saya masa. Mungkin lima tahun lagi,” katanya yang sudah memasuki tahun ke tiga bersama HBO Sentral.

Mengenai HBO Sentral yang turut memberikannya tiket emas mengendalikan acara Red Carpet Oscar, Februari lalu, Nabil akui tidak menyangka apabila pihak produksi masih memberi kepercayaan untuknya mengendalikan program berkenaan hingga musim keempat.

Dipilih mengacara HBO Sentral untuk tahun keempat.

"Pengalaman sepanjang menjadi hos membuatkan saya lebih matang dan lebih berkeyakinan malah dan tugas sebagai hos karpet merah untuk Anugerah Anugerah Akademi ke-89, baru-baru ini memang ada dalam bucket list saya.

“Ia pengalaman berharga yang tidak dapat dibeli. Apabila diberi kepercayaan dan amanah, saya pasti mengendalikan rancangan ini dengan lebih baik. Apatah lagi musim ini kami lebih berinteraksi dengan khalayak,” katanya pada majlis pelancaran HBO Sentral ke empat, Rabu lalu.

Program ini memberi tumpuan terhadap kandungan yang menghiburkan dan berdasarkan pengalaman dalam membawa filem terbaik lebih dekat dengan penonton serta membuka peluang kepada penonton menyertai peraduan

HBO Sentral musim keempat akan bersiaran selama 12 episod bermula pada 30 April ini pada jam 3.45 petang di HBO saluran 411 dan 431.

Must-Watch Video