KAW
“Berlakon Dalam Filem Bisik Pada Langit Seperti Satu Magik” – Erwin Dawson
“Bekerja dengan semua barisan pelakon dalam filem Bisik Pada Langit seperti satu magik kerana gandingan kami begitu serasi dan berpeluang berlakon dengan Jalil Hamid mengesahkan dia adalah pelakon yang sangat hebat,” jelas Erwin Dawson kepada Rojak Daily Kaw!
Sebelum bergelar anak seni lagi, Erwin amat mengagumi lakonan pelakon dan juga penyanyi yang popular dengan lagu Ayam itu.
Lantaran itu, menurut Erwin sebaik saja dia mendapat tawaran berlakon filem itu, tiada sebab untuk dia menolaknya.

“Selain barisan pelakon yang mantap, saya sudah beberapa kali berkerjasama dengan Kabir,” ujar Erwin mengulas tentang pengalamannya berlakon dalam filem arahan Kabir Bhatia itu.
“Kami sudah faham cara kerja masing-masing,” katanya.
Bisik Pada Langit menceritakan betapa pilunya hati seorang bapa yang tiba-tiba menerima berita kematian anak bongsunya akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di luar negara.

Jelas Erwin, meskipun dia belum pernah kehilangan ahli keluarga tetapi mendengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah melalui pengalaman menyedihkan itu dia dapat merasakan betapa peritnya perasaan apabila orang tersayang pergi dijemput Ilahi.

“Setiap kali saya menonton filem ini, bercucuran air mata saya,” katanya.
Filem Bisik Pada Langit bakal menemui penonton di pawagam bermula 21 September 2017.
Must-Watch Video