Skip to main content

Market Trends

“Bila Masa Buat Bibir Dik, Bibir Akak Memang Tebal” – Noorkhiriah

khiriah-bibir.jpg
Pelakon Noorkhiriah menafikan tuduhan netizen yang mengatakan dia telah melakukan rawatan untuk menebalkan bibir.

Khiriah membidas dakwaan tersebut secara sinis menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
Khiriah tegur sikap netizen.
Malah, Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie juga menasihatkan netizen supaya tidak cepat membuat andaian atau memberikan komen yang boleh menimbulkan fitnah.

“Assalamualaikum ada komen cakap saya buat bibir? Apa filler? filter? Tak tahu jangan komen dik nanti jatuh dosa fitnah dik. Bila masa pula akak buat bibir dik, bibir akak memang tebal,” katanya.
 
Video tersebut ternyata mendapat respon positif daripada pengikut Instagram dan juga rakan artis yang bersetuju dengan kenyataan dibuat aktres berkenaan.

komen Norshila Amin
komen Shikin Maembong
Antara komen pengikut IG.
 

Must-Watch Video