Skip to main content

Market Trends

“Buat Benda Bangang Macam Ini, Come On Where's Your Brain?” – Remy Ishak

remy-buat-laporan-polis.jpg
Pelakon Remy Ishak membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang mengugut untuk menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Ampang pada Ahad. Remy bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai laporan yang dibuat.

Selain mahu menyebarkan fitnah, Remy juga memberitahu individu itu juga bersikap biadap.

"Saya baru balik daripada balai polis, tadi saya ada buat laporan polis, ada satu mamat ini dia kurang ajar dengan saya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di IG Story miliknya semalam.
Tak perlu aibkan orang hanya kerana mahu popular.
Remy juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang hanya mahukan populariti sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap orang lain.

“Ya saya tahu zaman sekarang semua orang nak glamour, gila nak glamour sangat kadang-kadang buat benda yang tak sepatutnya, mengaibkan orang buat-buat video viral terutamanya bila berkenaan selebriti.
Remy tiada toleransi dengan individu yang bersikap  biadap.
“Ugut-ugut nak viralkan, nak aibkan nak fitnah. Come on, where's your brain? Ada banyak lagi cara lain untuk kau dapat duit.

"Kau buat benda bangang macam ini semata-mata nak satu kampung tahu pasal masalah kau. Bodoh!" ujarnya.
 
 

Must-Watch Video