Teka teki dan desas desus mengenai cincin istimewa yang dimuat naik Nelydia Senrose tanggal 12 April lalu di laman Twitter terjawab.
Malah menerusi pengakuannya kepada Rojak Daily Kaw! adik kepada Uqasha Senrose itu sebenarnya dilihat sedang menikmati fasa bahagia.
Keterangan gambar di bawah gambar cincin berkenaan berbunyi Happiest day of my life, dreams do come true juga dilihat bukti bahawa bunga bunga cinta sedang mekar di hatinya.
Pemberian jejaka bernama Hafiz.
Pemilik jenama Impian By Nelydia itu mengesahkan cincin yang dimuat naik di merupakan pemberian daripada jejaka yang dikenalinya kini dengan nama Hafiz.
Nelydia bagaimanapun enggan terlalu terbuka dan menggembar gemburkan soal cincin itu selain hubungan yang terjalin belum sampai setahun itu.
Minta semua doakan yang terbaik.
“Ia bukanlah cincin tanda atau risik sekalipun. Doakan yang baik baik. Bukan saya mahu berahsia atau menyorokkan sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti mana hubungan sebelum ini.
Janji kongsi berita baik.
“Tapi saya berjanji akan kongsi hal yang baik itu jika ada sesuatu yang pasti. Saya tak nak terlalu bercerita benda yang belum pasti hujung pangkalnya,” katanya yang ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi raya Impian By Nelydia untuk Starvilion Lebaran 2018 di Shah Alam.
Hafiz jutawan?
Mengenai statusnya kini, adik kepada Uqasha Senrose itu selesa mengkelaskan dirinya sebagai solo.
“Saya bukan tunangan sesiapa. Selagi belum berkahwin saya masih hak milik ibu bapa,” katanya.
Sementara itu diaju soalan mengenai status Hafiz yang dikatakan kononnya seorang jutawan, Nelydia tidak mempunyai jawapan pasti.
Dah bersedia untuk berkahwin.
“Saya tak ada jawapan untuk itu. Saya tak tengok pun akaun banknya,” seloroh Nelydia.
Nelydia menambah, dia juga kini sudah bersedia ke arah perkahwinan.
“Kalau tanya saya dalam hubungan peribadi pun, saya harap sesuatu yang utuh. Saya juga bersedia untuk ke gerbang perkahwinan.
Mahu sebuah pengahiran yang bahagia.
“Sebagai pembawa cerita kepada kisah sendiri, saya juga mahu pengakhiran yang baik untuk diri ini. Saya bukan jenis yang main main dalam hubungan,” katanya.
Nelydia memaklumkan yang dia mengenali Hafiz melalui teman-teman. Hafiz menurut Nelydia bekerja sebagai ahli perniagaan.
Doa semoga ke jenjang pelamin.
Sensasi mengenai cincin berkenaan menjadi bualan dan tanda tanya ramai termasuk di kalangan netizen. Malah ada di antara mereka yang pantas mengucapkan tahniah kepada Nelydia termasuk memberi ucapan bahagia hingga ke jannah.