Skip to main content

Market Trends

“Bukan Kawan Kami, Tapi Peminat Mama”

ziana-zain-01.jpg

Penyanyi yang memang terkenal dengan kening terangkat dan mendapat jolokan Diva Bersuara Tinggi, Ziana Zain tertawa apabila medengar keluhan dua anak bujangnya.

Manakan tidak, kedua-dua mereka memilih untuk tidak membuka akaun laman sosial seperti Facebook kerana mendapat permintaan menjadi rakan daripada kalangan peminat penyanyi wanita itu.

"Mereka beritahu saya malaslah, sebab yang mahu jadi kawan mereka ialah peminat saya bukan rakan sebaya mereka," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Akui Ziana ada baiknya, kerana Muhammad Aiman 17 dan Muhammad Amar 13, tidak leka dengan laman sosial.

Dua anak terunanya lebih gemar mendengar muzik dan menonton rancangan kegemaran mereka. (Kredit Gambar: Aishah Aziz)

Penyanyi lagu Puncak Kasih itu berkata dua anak bujangnya lebih berminat menggunakan telefon sebagai medium untuk mendengar muzik dan menonton rancangan kegemaran mereka.

Ziana berkata, sebenarnya beliau tidak pernah menghalang anak-anaknya menggunakan telefon pintar atau gajet tapi semuanya perlu seimbang dengan pelajaran.

"Kalau mereka tidak belajar betul-betul saya memang rampas telefon mereka tanpa ragu-ragu.

"Apapun pengajian perlu menjadi keutamaan," katanya.

Ziana kini mengusahakan tudung jenama sendiri di samping mengumpul material untuk album baru. (Kredit Gambar: Aishah Aziz)

Sementara itu, Ziana tersenyum kala ditanya mengenai minat anaknya dalam bidang seni. Isteri kepada Armin Zaharin itu berkata, puteri tunggalnya Siti Nur Kaseh ada menunjukkan minat ke arah itu.

Ziana berkata anak perempuannya itu gemar menyanyi dan berlakon ketika berada dalam bilik air.

Tiada halangan bagi Ziana, cuma beliau akan terangkan mengenai susah senang menjadi artis kepada anaknya itu.

Ziana juga kini mengusahakan tudung dengan jenamanya sendiri dan gembira kerana mendapat sokongan hangat daripada peminatnya.

Mengenai kerjaya seni, Ziana bakal melahirkan album tidak lama lagi.

"Saya sedang mengumpul material dan kali ini memang saya cerewet dan mahukan yang terbaik," katanya.

Must-Watch Video